Tuesday, September 6, 2011

SANG LEBAH SEDIA MENGGEGAR

MOHD AZUAN

JOHOR FC - Pasukan dari negeri selatan tanah air ini merupakan satu-satunya pasukan berstatus kelab paling unggul beraksi dalam kancah Liga Malaysia sejak mula menyertainya pada tahun 1997.

Diasaskan pada tahun 1972, kelab yang dahulu dikenali sebagai Kelab Bola Sepak Johor (PKENJ FC) ditubuhkan dibawah Biro Sukan Persatuan Rekreasi Anggota Pekerja PKENJ. Penglibatan pasukan ini bermula dengan menyertai pertandingan bolasepak dalam Liga Persatuan Bola Sepak Johor Bahru (PBJB) dan memenanginya hampir setiap tahun.

Penyertaan pasukan Johor FC dalam Liga Malaysia bermula pada 1997 apabila muncul juara Liga Perdana 2 dan menjadi kelab yang pertama beraksi dalam Liga Malaysia. Malah Johor FC juga menjadi kelab pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia pada tahun 2000 yang ketika itu dilatih oleh Bruce Stowell.

Musim 2006 menyaksikan pasukan ini diangkat beraksi dalam Liga Super rentetan kejayaannya muncul juara Liga Perdana tahun sebelumnya. Jurulatihnya ketika itu, Ramlan Rashid sekali lagi berjaya mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila berjaya membawa pasukan Sang Lebah mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia pada tahun 2008 sebelum tewas kepada juara 32 kali, Selangor. 

Berbeza dengan nasib Ramlan Rashid yang terpaksa direhatkan oleh pihak pengurusan gara-gara prestasi hambar dalam saingan Liga Super musim lalu, tuah memihak kepada Mohd Azuan Mohd Zain yang berjaya memimpin pasukan tersebut mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia. Namun hasrat mereka untuk beraksi dalam pentas final buat kali pertama berkecai setelah disingkirkan oleh Negeri Sembilan menerusi agregat 2-0.

Jurulatih berusia 51 tahun dan terkenal dengan kepakaran taktikal ini sudah pasti mahu mengulangi pencapaian terbaiknya seperti musim lalu dan percaturan beliau mendapatkan khidmat dua pemain iaitu Mohd Saiful Nizam Miswan dari Pahang dan Mohd Akmal Mohd Noor (USM Pulau Pinang) membuktikan beliau cukup serius menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini.

Kekuatan Johor FC sudah pasti bersandarkan kepada Kaptennya, Rizal Zambery Yahya dan Mohd Azizan Baba untuk menjana jentera tengahnya. Diposisi penjaga gol, pilihan utama sudah pasti tertumpu kepada aksi cemerlang Mohd Anis Faron Ahmad Arsidi.

Malah Mohd Azuan sudah pasti mengharapkan sentuhan penyerang veteran, Eddy Helmi Abdul Manan untuk mengetuai jentera serangan bersama Shahrizal Mohd Saad dan Mohamed Rashid Mohamad Aya.

Mengharungi empat perlawanan pra Piala Malaysia namun keputusan hambar dicatatkan apabila Johor FC membelasah Melayu Johor 6-1 namun tewas pula 0-4 kepada abangnya, Johor.  Aksi ketiga menyaksikan Johor FC berjaya mengikat keputusan seri 1-1 dengan Negeri Sembilan sebelum menutup tirai dengan kekalahan 1-3 kepada Selangor. 



PROFIL PASUKAN
Pasukan : Johor FC
Gelaran : Sang Lebah
Ditubuhkan : 1972
Gelanggang : Stadium JCorp, Pasir Gudang
Kapasiti tempat duduk : 15,000 penonton

PENCAPAIAN MUSIM INI
Liga Super – Tempat ketujuh
Piala FA – Pusingan kedua
Penjaring Terbanyak – Mohd Shahrizal Saad

PENCAPAIAN DALAM PIALA MALAYSIA
2000 – Suku akhir
2001 – Tidak layak
2002 – Tidak layak
2003 – Suku akhir
2004 – Peringkat kumpulan
2005 – Peringkat kumpulan
2006 – Peringkat kumpulan
2008 – Separuh Akhir
2009 – Peringkat kumpulan
2010 – Separuh akhir

Gabungan muka lama dan baru bakal memberi cabaran pasukan Johor FC dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

SENARAI PEGAWAI PASUKAN
Pengurus Pasukan : Mohd Faizal Abdullah
Penolong Pengurus : Mohd Zahir Mohamed Said
Ketua Jurulatih : Mohd Azuan Mohd Zain
Penolong Jurulatih : Sazali Saidun
Penolong Jurulatih : Ramlan Sarman
Jurulatih Penjaga Gol : Yusri Abdul Aziz
Jurulatih Kecergasan : Omar Che Ali
Fisioterapi : Fariq Mohamed Yusof
Kitman : Sulaiman Salim
Pegawai Keselamatan : Ismail Ishak
Pegawai Media : Munira Rahim

SENARAI PEMAIN
Penjaga Gol : Suhardy Alby, Mohd Fazli Paat, Mohd Anis Faron Ahmad Arsidi

Pertahanan : Mat Saiful Mohamad, Mohd Hamzani Omar, Mohamad Hafiz Aridin, Mohd Radzi Jasman, Mohamad Izuan Jarudin, Mohd Rizal Roslan, Mohd Riduwan Ma’on, Hasni Zaidi Jamian dan  Mohd Irfan Abdul Ghani.

Tengah : Mohamad Khairul Ismail, Mohd Azizan Baba, Rezal Zambery Yahya (KP), Mohammad Ezaidy Khadar, Khairi Kiman, Mohd Rahman Zabul dan Mohd Saufi Ibrahim

Penyerang : Shahrizal Mohd Saad, Mohamed Rashid Mohamad Aya, Wan Mohd Hoesne Wan Hussain, Mohd Syafuan Reduwan dan Eddy Helmi Abd Manan,

PEMAIN PINJAMAN 
Mohd Saiful Nizam Miswan (Pahang) dan Mohd Akmal Mohd Noor (USM Pulau Pinang)

Kapten, Rezal Zambery Yahya (kiri) menjadi sandaran utama menjana jentera tengah pasukan Johor FC kali ini

No comments:

Post a Comment