Sunday, February 28, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN PASUKAN KELANTAN FA

KELANTAN lwn BALESTIER KHALSA FC

Masa : 8.45 malam
Hari : Rabu
Tarikh : 3hb Mac 2010
Venue : Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu.

KOTA BHARU - Siri perlawanan persahabatan antarabangsa kali kedua dalam tempoh tidak sampai seminggu. Kali ini Kelantan akan berhadapan dengan sebuah kelab yang beraksi dalam liga paling kompetetif di Singapura.

Dilatih oleh bekas pemain kebangsaan Singapura, Nasharuddin Jalil dan dibantu Salim Moin, kelab ini diperkuatkan dengan empat pemain import iaitu Paul Cunningham (New Zealand), Daniel Hammond (England) serta dua pemain dari Brazil iaitu Rivaldo Costa dan Vitor Borges de Souza.

Liga S yang baru memulakan aksinya pada 2hb Febuari lalu menyaksikan sehingga kini tiga perlawanan peringkat liga telah berlangsung. Sehingga kini, kelab Balestier Khalsa FC menang sekali (2-1 ke atas Sengkang Punggol) serta tewas dua kali (1-2 kepada Gombak United dan Singapore Armed Force FC) pada perlawanan terakhir mereka.

Jadi sama-sama kita saksikan persiapan terakhir anak-anak buah Sathianathan ini mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum bertolak ke Kuala Terengganu untuk menghadapi T-Team dalam perlawanan Liga Super yang disambung pada 6hb Mac ini.

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN

KELANTAN 2

PADANG FC 0

Tarikh : 27hb Febuari 2010
Masa : 8.45 malam
Venue : Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu

SENARAI PENJARING GOL TM LIGA SUPER

Sehingga perlawanan tunggal berakhir malam tadi, pertemuan di antara Pulau Pinang dengan Selangor berkesudahan Red Giant menang tipis 1-0 hasil jaringan penyerang Rudie Ramli.

Berikut adalah senarai terbaru penjaring gol TM Liga Super sehingga dicatatkan pada 28hb Febuari 2010.

7 gol - Azlan Ismail (Ked)


6 gol - Mohd Ashaari Shamsudin (Ter).

5 gol - R.Surendren, Mohd Safee Sali (Sel).

4 gol - Norshahrul Idlan Talaha (Kel), Mohd Shahrizan Salleh (Pah), Haris Safwan Kamal (T-Team)

3 gol - Razali Umar Kandasamy (Prk), Joseph Kallang Tie (Ter), Mohd Failee Ghazali (PP), Mohd Safiq Rahim (Sel), Mohd Azamudin Akil (Pah).

2 gol - Yong Kuong Yong (KL), Mohd Azrul Ahmad (Per), Indra Putra Mahayuddin (Kel), Mohd Ridwan Ma'on, Mohd Khairul Ismail (Jfc), Amirul Hadi Zainal (Sel), Idris Karim ,Mohd Firdaus Azizul (NS), Mohd Lot Abu Hassan (KL Plus), Abdul Manaf Mamat, Mohd Firdaus Paudzi (Ter), Ahmad Fakri Saarani (Per), Norhisham Hassan (T-Team).
1 gol - Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Muhd Badri Radzi, Azizi Mat Rose, Mohd Norfarhan Muhammad (Kel), Mohd Nurul Azwan Roya, Wan Rohaimi Ismail, Eddy Helmi Manan, Zulhissyam Jamaludin (Jfc), Mohd Nazrin Nawi, Mohd Nizaruddin Yusoff, Mohd Fadzli Shaari (KL Plus), Rudie Ramli, Razman Roslan, Amri Yahyah, Mohd Hardi Jaafar (Sel), Badrolhisham Azmi, Raimi Mohd Nor (KL), Naim Nasser Khan, V.Jaganathan (PP), Saufi Sa'adi, Md Nazri Kamal, Mohd Syazwan Roslan (Prk), K.Thanaraj, Norizan Salaman (NS), Zairo Anuar Zailani (Ter), Muhd Irfan Abd Ghani (Johor) , Wan Ahmad Shukri Wan Ahmad (Per), Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim, Saramsak Karm (Ked), Abdul Hadi Yahya, Azrul Hazran (T-Team), R.Surendran, Mohd Fazli Baharuddin, Abdul Rahman Abd Kadir (Pah).

Gol sendiri – Joseph Kallang Tie (Ter)

Sunday, February 21, 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN TM PIALA FA

KELANTAN 1
Indra Putra Mahayuddin (m 71)

KEDAH 1
Baddrol Bakhtiar (m 74)


STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Kelantan 4 dan Kedah 3
Percubaan tersasar : Kelantan 9 dan Kedah 3
Tendangan sudut : Kelantan 13 dan Kedah 2
Sepakan Percuma : Kelantan 9 dan Kedah 4
Kekasaran : Kelantan 3 dan Kedah 9
Offsaid : Kelantan 1 dan Kedah 3
Kad Kuning : Kelantan tiada dan Kedah (Mohd Arfan Rashid)
Kad Merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa Tambahan : 9 minit
Penguasaan Bola : Kelantan 60% dan Kedah 40%

KOTA BHARU- Kelantan gagal melangkah ke peringkat suku akhir TM Piala FA edisi kali ini setelah seri 1-1 dengan Kedah pada perlawanan kedua pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV malam tadi.

Keputusan seri tersebut membolehkan Kedah melangkah ke peringkat suku akhir berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.

Bagaikan malam yang serba tidak menjadi buat pasukan Kelantan apabila deretan peluang yang terhidang gagal diterjemahkan dengan jaringan gol sedang Kedah ternyata terkial-kial menyerap asakan menggila serangan Kelantan.

Seawal minit ketujuh, Kelantan mula mencari gol pembukaan namun tandukan ketua pasukan, Indra Putra terus kedakapan Helmi Eliza.

Penyerang sensasi Kedah, Azlan Ismail turut mencuba pada minit ke-19, namun rembatannya dari jarak 40 meter jauh tersasar daripada pintu gol Kelantan.

Jentera hadapan Kelantan seharusnya menyalahkan diri sendiri diatas kegagalan menjaringkan gol pada perlawanan malam tadi.

Seharusnya 45 minit separuh pertama menjadi milik mutlak pasukan tuan rumah untuk berpesta gol andai rangkaian serangan di terajui Chanturu, Shahrul Idlan, Nor Farhan dan Indra tidak mensia-siakan peluang yang terhidang.

Minit ke-71 menyaksikan Indra Putra Mahayuddin menggamatkan hampir 20,000 penyokong setia Wira Merah apabila tandukannya menewaskan Helmi Eliza Elias di gawang gol Kedah.

Kegembiraan penyokong setia Kelantan meraikan jaringan tersebut tidak bertahan lama apabila Baddrol Bakhtiar memanfaatkan peluang yang terhidang hasil keadaan kelam-kabut di depan pintu gol Kelantan.

Keputusan seri 1-1 sehingga wisel penamat dibunyikan oleh pengadil, Rosdi Shahrul menutup peluang Kelantan untuk memburu kejuaraan Piala FA musim ini setelah dikecewakan oleh Selangor pada musim lalu.

Kesebelasan utama pemain :

Kelantan : Mohd Halim Napi, Azizi Matt Rose, Mohd Farisham Ismail, Daudsu Jamaludin, Rizal Fahmi Abd. Rosid, Indra Putra Mahayuddin (KP), Muhd Badhri Radzi, Shakir Saari, Mohd Norfarhan Muhammad (Akmal Rizal Ahmad Rakhli), S.Chanturu (Cik Hisamuddin Hassan), dan Nor Shahrul Idlan Talaha (Hairuddin Omar).

Kedah : Mohd Helmi Eliza Elias, Shahrulnizam Mustapa (KP), Khairul Helmi Johari, V.Thirumurugan, Mohd Sabree Mat Abu, Shahril Faizal Ahmad Sharifuddin (Mohd Rozaidi Abd. Rahim), Baddrol Bakhtiar, Mohd Arfan Rashid (Aminuddin Azmi), Azlan Ismail, dan Saramsak Karm (Muhammad Shafiq Jamal).

Pengadil : Rosdi Shahrul
Penolong Pengadil 1 : Idzha Salim
Penolong Pengadil 2 : Azman Ismail

KEPUTUSAN PERLAWANAN TM PIALA FA

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan pusingan kedua TM Piala FA yang berakhir malam tadi. Sebanyak lapan pasukan telah mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir.

SELANGOR PKNS 1
SELANGOR 0
(Selangor layak aggregat 2-1)

KELANTAN 1
KEDAN 1
(Kedah layak berdasarkan peraturan gol di tempat lawan)

PERAK 0
PBDKT/T-TEAM 2
( PBDKT/T-TEAM layak aggregat 3-1)

KL POS MALAYSIA 2
KL FELDA UNITED FC 1
(KL POS MALAYSIA layak aggregat 3-2)

NEGERI SEMBILAN 5
PDRM 0
(Negeri Sembilan layak aggregat 8-2)

PAHANG UiTM FC 0
ATM 3
(ATM layak aggregat 6-0)

KUALA LUMPUR 1
KL PLUS FC 1
(KL PLUS FC layak aggregat 3-1)

TERENGGANU 2
SARAWAK 0
(Terengganu layak aggregat 4-1)

Wednesday, February 10, 2010

SENARAI PENJARING GOL TM LIGA SUPER 2010

Berikut adalah senarai penjaring-penjaring gol TM Liga Super sehingga perlawanan ketujuh yang berakhir malam semalam (9hb Febuari 2010)

7 gol - Azlan Ismail (Ked)

6 gol - Mohd Ashaari Shamsudin (Ter).

5 gol - R.Surendren, Mohd Safee Sali (Sel).

4 gol - Norshahrul Idlan Talaha (Kel), Mohd Shahrizan Salleh (Pah), Haris Safwan Kamal (T-Team)

3 gol - Razali Umar Kandasamy (Prk), Joseph Kallang Tie (Ter), Mohd Failee Ghazali (PP), Mohd Safiq Rahim (Sel), Mohd Azamudin Akil (Pah).

2 gol - Yong Kuong Yong (KL), Mohd Azrul Ahmad (Per), Indra Putra Mahayuddin (Kel), Mohd Ridwan Ma'on, Mohd Khairul Ismail (Jfc), Amirul Hadi Zainal (Sel), Idris Karim ,Mohd Firdaus Azizul (NS), Mohd Lot Abu Hassan (KL Plus), Abdul Manaf Mamat, Mohd Firdaus Paudzi (Ter), Ahmad Fakri Saarani (Per), Norhisham Hassan (T-Team).

1 gol - Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Muhd Badri Radzi, Azizi Mat Rose, Mohd Norfarhan Muhammad (Kel), Mohd Nurul Azwan Roya, Wan Rohaimi Ismail, Eddy Helmi Manan, Zulhissyam Jamaludin (Jfc), Mohd Nazrin Nawi, Mohd Nizaruddin Yusoff, Mohd Fadzli Shaari (KL Plus), Razman Roslan, Amri Yahyah, Mohd Hardi Jaafar (Sel), Badrolhisham Azmi, Raimi Mohd Nor (KL), Naim Nasser Khan, V.Jaganathan (PP), Saufi Sa'adi, Md Nazri Kamal, Mohd Syazwan Roslan (Prk), K.Thanaraj, Norizan Salaman (NS), Zairo Anuar Zailani (Ter), Muhd Irfan Abd Ghani (Johor) , Wan Ahmad Shukri Wan Ahmad (Per), Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim, Saramsak Karm (Ked),  Abdul Hadi Yahya, Azrul Hazran (T-Team), R.Surendran, Mohd Fazli Baharuddin, Abdul Rahman Abd Kadir (Pah).

Gol sendiri – Joseph Kallang Tie (Ter)

KEPUTUSAN PERLAWANAN TM LIGA SUPER

Berikut adalah keputusan perlawanan TM Liga Super yang berlangsung malam semalam.

PAHANG 2
Abdul Rahman Abd Kadir m37
Mohd Fazli Baharudin m88

NEGERI SEMBILAN 1
K.Thanaraj m65

JOHOR FC 1
Mohd Nurul Azwan Roya m67

KL PLUS FC 0

JOHOR 0

T-TEAM 3
Mohd Haris Safwan Kamal m29
Norhisham Hassan m75
Abdul Hadi Yahya m88

Tuesday, February 9, 2010

SENARAI PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN KELANTAN FA

SENARAI PEGAWAI PENGURUSAN TM LIGA SUPER KELANTAN 2010

PENGURUS PASUKAN : HAJI AZMAN BIN IBRAHIM
KETUA JURULATIH : SATHIANATHAN A/L R.BHASKARAN
PENOLONG JURULATIH :
MOHD SIDEEK BIN A.SHAMSUDIN
MOHD HASHIM BIN MUSTAPHA
JURULATIH PENJAGA GOL : ISMAIL CHAWALIT BIN ABU BAKAR
FISIOTERAPI : AHMAD FARIS BIN MUSA
PEGAWAI MEDIA : WAN BADRI BIN WAN OMAR
KITMAN : HARUN BIN ISMAIL

PEMAIN TM LIGA SUPER KELANTAN 2010

1.  SYED ADNEY BIN SYED HUSSIEN           
2.  AZIZI BIN MATT ROSE                              
3.  SUBRAMANIAM A/L SOORYAPPARAD
4.  ZUL YUSRI BIN CHE HARUN                    
5.  KHAIRAN EROZA BIN RAZALI               
6.  MOHD FARISHAM BIN ISMAIL             
7.  MOHD NIZAB BIN AYUB                        
8.  MOHD SHAKIR BIN SHAARI                    
9.  NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA        
10.MOHD NOR FARHAN BIN MUHAMMAD 
11.CIK HISAMMUDIN BIN HASSAN            
12.MOHD AILIM FAHMI BIN KAMARUDDIN
13.CHANTURU A/L SUPPIAH                          
14.AKMAL RIZAL BIN AHMAD RAKHLI       
15.MOHD DAUDSU BIN JAMALUDIN             
16.MOHD BADHRI BIN MOHD RADZI           
17.MOHD RIZAL FAHMI BIN AB. ROSID         
18.WAN ZAMAN BIN WAN MUSTAPHA      
19.KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT                
20.HAIRUDDIN BIN OMAR                               
21.SHARUDY BIN AZIZ                                      
22.MOHD SHAHRIZAN BIN ISMAIL                
23.INDRA PUTRA BIN MAHAYUDDIN            
24.ZAIRUL FITREE BIN ISHAK                        
25.MOHD HALIM BIN NAPI                               

PERLAWANAN TM PIALA FA

Berikut adalah perlawanan pertama pusingan kedua TM Piala FA yang akan berlangsung pada  hari Selasa 16hb Febuari nanti. Sebanyak 16 pasukan akan berentap pada perlawanan yang diadakan secara timbal balik.

SELANGOR lwn SELANGOR PKNS
8.45 malam
Stadium Shah Alam, Shah Alam

KL FELDA UNITED FC lwn KL POS MALAYSIA
8.45 malam
Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

KL PLUS FC lwn KUALA LUMPUR
8.45 malam
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

PDRM lwn NEGERI SEMBILAN
8.45 malam

PBDKT/T-TEAM lwn PERAK
8.45 malam
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu

SARAWAK lwn TERENGGANU
8.00 malam
Stadium Negeri, Kuching

ATM lwn PAHANG UiTM FC
8.45 malam
Stadium MPS, Selayang

KEDAH lwn KELANTAN
8.45 malam
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Sunday, February 7, 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN TM PIALA FA

Berikut adalah keputusan perlawanan pusingan pertama TM Piala FA yang berlangsung malam semalam. Sebanyak 16 pasukan akan berentap dalam pusingan kedua dengan pasukan Selangor, Kelantan dan UiTM FC menanti dipusingan kedua setelah mendapat bye pusingan pertama.

PKNS 1
SDM KEPALA BATAS 0
(PKNS layak agregat 3-0)

FELDA UNITED FC 3
PAHANG 1
(Felda United layak agregat 4-2)

POS MALAYSIA 5
MP MUAR 1
(Pos Malaysia layak agregat 5-2)

HARIMAU MUDA 1
KL PLUS FC 3
(KL Plus layak agregat 4-3)

JOHOR 0
KUALA LUMPUR 0
(Kuala Lumpur layak agregat 3-1)

MELODI JAYA 1
PDRM 5
(PDRM layak agregat 6-2)

NEGERI SEMBILAN 5
JOHOR FC 3
(Negeri Sembilan layak agregat 7-5)

PERAK 2
PERLIS 1
(Perak layak agregat 2-1)

SHAHZAN MUDA 0
T-TEAM 3
(T-Team layak agregat 4-0)

SARAWAK 1
PULAU PINANG 0
( Sarawak layak agregat 2-2, peraturan gol di tempat lawan)

TERENGGANU 3
USM FC 0
(Terengganu layak agregat 7-1)

MELAKA 1
ATM 3
(ATM layak agregat 6-1)

KEDAH 1
SABAH 0
(Kedah layak agregat 3-0)

Perlawanan pertama pusingan kedua akan diadakan pada 16hb Febuari manakala perlawanan kedua pada 20hb Febuari 2010. Pasukan Selangor, Kelantan dan UiTM FC mendapat bye pusingan pertama.