Tuesday, September 6, 2011

BUJANG SENANG SEDIA MELIBAS

ROBERT RENE ALBERTS

SARAWAK – Kali terakhir membuat penampilan dalam kancah Piala Malaysia ialah dua tahun lalu, pasukanSarawak kini bersedia sepenuhnya untuk melakukan kejutan pada edisi kali ini.

Selaku pendatang baru Liga Super musim depan, penampilan Sarawak dalam kumpulan C seharusnya tidak diboleh dipandang mudah apatah lagi bergelar naib juara Liga Premier musim ini.

Setelah sekian lama melalui zaman kegelapan, senario bola sepak negeri sudah pasti berubah serta-merta kerana semangat penyokong yang pernah terkenal dengan jolokan Ngap Sayot sebelum ini begitu membara untuk melihat pasukan ini mara lebih jauh pada musim ini.

Nama Robert Rene Alberts bukanlah satu nama asing dalam arena bola sepak tempatan. Pernah menjulang Sang Kenari bergelar juara Piala Malaysia pada tahun 1990, Alberts sebenarnya  sudah cukup masak dengan sepak terajang bola sepak Sarawak kerana pernah menjadi jurulatih negeri tersebut pada tahun 2008 hingga 2009.

Alberts yang mempunyai pengalaman cukup luas dalam bidang kejurulatihan termasuk pernah menjawat jawatan Pengarah Teknikal, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diberi kepercayaan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi menggantikan Mohamad Zaki Shaikh Ahmad dengan membimbing pasukan tersebut pada awal musim ini.

Kali terakhir beraksi dalam pentas perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun 1999, namun dikecewakan oleh Brunei Darussalam menerusi kekalahan 2-1. Ketika itu Sarawak dibimbing oleh Abdul Jalil Rambli.

Situasinya sudah pasti berubah kali ini betapa pasukan yang menggunakan gelaran baru Kenyalang Enda Cuak bukan sekadar mahu menjadi pasukan pelengkap dalam peringkat kumpulan untuk kempen kali ini.

Ancaman merbahaya sudah pasti hadir menerusi penjaring terbanyaknya, Bobby Gozales, pemain berasal dari Beaufort, Sabah yang kini menyarung jersi pasukan Sarawak musim ini.

Malah kelibat penyerang tempatan, Zamri Morshidi, Ashri Chuchu ataupun Abdul Rayjal Abdul Jalil juga mampu memberikan masalah kepada pasukan lain sekiranya tidak diberikan perhatian.

Walaupun tewas dalam dua perlawanan persahabatan iaitu 0-1 kepada Sime Darby FC dan 1-2 kepada Negeri Sembilan, namun anak buah Alberts ini menampilkan kebangkitan dengan mengalahkan PDRM 2-0 dan Pilihan Kuching 5-0 sebelum sepak mula Piala Malaysia pada 6 September ini.

LOGO PERSATUAN BOLA SEPAK SARAWAK

PROFIL PASUKAN
Pasukan : Sarawak
Gelaran : Bujang Senang 
Ditubuhkan : 1974
Gelanggang : Stadium Sarawak, Kuching
Kapasiti tempat duduk: 40,000 penonton

PENCAPAIAN MUSIM INI
Liga Premier – Naib Juara 
Piala FA – Pusingan kedua
Penjaring Terbanyak – Bobby Gonzales

PENCAPAIAN DALAM PIALA MALAYSIA
1999 – Naib Juara
2000 – Peringkat Kumpulan
2001 – Peringkat Kumpulan
2002 – Tidak layak
2003 – Suku Akhir
2004 – Peringkat Kumpulan
2005 – Tidak layak
2006 – Suku Akhir
2007 – Peringkat kumpulan
2008 – Peringkat kumpulan
2009 – Peringkat kumpulan
2010 – Tidak layak

Pasukan Sarawak bersedia melakukan kejutan dalam kempen Piala Malaysia musim ini

SENARAI PEGAWAI PASUKAN
Pengurus Pasukan : Robert Rene Alberts
Ketua Jurulatih : Robert Rene Alberts
Penolong Jurulatih : Mohd Farhan Abdullah @Anai Igang
Jurulatih Penjaga Gol dan Kecergasan: Mohd Azley Abdullah
Fisioterapi : Feldalia Dollin
Kitman : Wan Masbahuddin Wan Abdullah
Pegawai Keselamatan : Salbi Murat
Pegawai Media : Narayanan Sreedharan

SENARAI PEMAIN
Penjaga Gol : Abdul Gani Anuar dan Aidil Mohamad.

Pertahanan : Mazwandi Zakaria, Shahrizam Mohamad, Mohd Hairol Mokhtar, Mohamad Fareez Tukijo, Hamidin Manap, Mohd Dzulazlan Ibrahim dan Shahran Abdul Samad.

Tengah : Wong Sai Kong, Mohamad Syaiful Sabtu, Hafizal Marzuki, Mohd Shahrol Saperi, Benedict Martin, Abang Mohamad Za’afari Abang Othman, Azralan Azmi, Azizan Saperi dan Ashri Chuchu.

Penyerang : Bobby Gonzales, Zamri Morshidi (KP), Abdul Rayjal Abdul Jalil, Mohammad Sharizan Sahari. dan Khairul Azahar Eidros.

PEMAIN PINJAMAN
Chung Keng Hong dan V Jaganathan kedua-duanya daripada ATM.

Bobby muncul penjairng gol terbanyak bagi pasukan Sarawak sepanjang musim ini.

No comments:

Post a Comment