Monday, September 5, 2011

BUDAK FELDA TIDAK MAHU KECEWA

ELAVARASAN

KL FELDA UNITED FC – Pertama kali beraksi dalam kempen Piala Malaysia musim lalu namun perjuangan mereka tersekat diperingkat kumpulan apabila gagal menempatkan diri dalam lapan pasukan terbaik ke peringkat suku akhir.

Namun itu percubaan pertama dan kali ini pasukan KL Felda United FC tidak mahu lagi mengalami nasib yang sama biarpun turut diundi bersama juara bertahan, Kelantan dalam kumpulan yang sama.

Status selaku juara Liga Perdana musim lalu bukan lagi jaminan bagi KL Felda United FC untuk bermegah dengan kejuaraan mereka.

Perit menamatkan cabaran ditempat kesebelas daripada 14 pasukan bertanding menjadi pengajaran berguna untuk pasukan yang pertama kali beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.

Bagi jurulatihnya, E Elavarasan, pasukan KL Felda United FC bukan sesekali pasukan tempelan ataupun mudah menjadi belasahan kepada mana-mana pasukan dalam saingan kempen Piala Malaysia kali ini.

Sinonim dengan pertandingan piala berprestij di negara ini, KL Felda United FC mahu menjadikan kejayaan mara ke suku akhir Piala FA musim ini sebagai penanda aras untuk mereka membuktikan pasukan berstatus kelab juga mampu memberikan saingan kepada pasukan negeri.

Malah usaha mereka meminjam tiga pemain muda iaitu S Sivanesan dan K Ravindren (Harimau Muda A) dan D Saarvindran (Harimau Muda B) membuktikan KL Felda United FC tidak mahu memperjudikan nasib hanya bersandarkan kudrat pemain senior seperti Mohd Nizaruddin Yusof ataupun Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain.

Dua keputusan seri tanpa jaringan menentang Selangor dan Kuala Lumpur diikuti kekalahan tipis 1-0 kepada Perak dalam perlawanan persahabatan tidak mencerminkan ukuran sebenar pasukan ini

Ada kekuatan tersembunyi yang disimpan oleh pasukan ini apabila menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini. Ternyata ‘Budak Felda’ sedia melakukan kejutan dalam penampilan kali kedua mereka dalam kempen Piala Malaysia kali ini.


PROFIL PASUKAN
Pasukan : Kuala Lumpur Felda United FC
Gelaran : Budak Felda  
Ditubuhkan : 2007
Gelanggang : Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras
Kapasiti tempat duduk : 15,000 penonton

PENCAPAIAN MUSIM INI
Liga Super – Tempat kesebelas
Piala FA – Suku Akhir
Penjaring Terbanyak – Faderin Kadir

Pasukan KL Felda United FC dianggap salah satu pasukan yang mampu memberikan saingan kepada Kelantan dalam Kumpulan C, Piala Malaysia musim ini.

PENCAPAIAN DALAM PIALA MALAYSIA
2009 – Tidak layak
2010 – Peringkat kumpulan

SENARAI PEGAWAI PASUKAN
Pengurus Pasukan : Datuk Dzulkifli Abd Wahab  
Penolong Pengurus 1 : Faisal Zakariah
Penolong Pengurus 2 : Faizoull Ahmad
Ketua Jurulatih : E Elavarasan
Penolong Jurulatih : Karel Stromsik
Penolong Jurulatih : Ridzuan Abu Shah
Jurulatih Penjaga Gol : Mohd Zamzuri Mohd Noor
Pegawai Pentadbir Pasukan 1 : Azman Hussain
Pegawai Pentadbir Pasukan 2 : Md Zaidi Sulong Zakariah
Fisioterapi 1 : Fariq Mohamed Yusof
Fisioterapi 2 : Wong Kong Soon
Pegawai Keselamatan : Muhammad Firdaus Amdan
Pegawai Media : Astrie Surwati Yunos

SENARAI PEMAIN
Penjaga Gol : Mohd Hamsani Ahmad, A Zainal Rabin dan Mohammad Faizal Abdul Rashid

Pertahanan : Rames Lai Ban Huat, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain (KP), Mohd Hasmarul Fadzir Hassan, Abdul Ghani Abdul Rahman, Mohd Khairul Anuar Jamil, Mohd Syazwan Zainol dan Azrul Azmi

Tengah : Rashid Mahmud, Azi Shahril Azmi, Liew Kit Kong, Mohd Badrul Azam Zamri, Mohd Nizam Abu Bakar, K Rajan, Mohd Hazshafiq Hamzah, Mohd Lot Abu Hassan dan Muhammad Juzaili Samion,

Penyerang : Mohd Azrul Ahmad, Faderin Kadir, Mohd Nizaruddin Yusof, Amir Shahreen Abdul Mubin dan Muhammad Zamri Chin,

Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain (kiri) menjadi tonggak utama dibahagian pertahanan pasukan KL Felda United FC musim ini.

PEMAIN PINJAMAN 
S Sivanesan dan K Ravindren (Harimau Muda A) dan  D Saarvindran (Harimau Muda B)

No comments:

Post a Comment