Saturday, July 2, 2011

STADIUM BARU BAKAL DIBINA

TAN SRI ANNUAR MUSA

KOTA BHARUImpian rakyat Kelantan khususnya peminat setia bola sepak negeri itu untuk melihat sebuah stadium bola sepak baru dibina di Kelantan bakal menjadi kenyataan sekiranya permohonan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk mendapatkan peruntukan membina stadium tersebut mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, tanah seluas 40 ekar di Tunjong, yang terletak kira-kira limanegara ini. kilometer dari Kota Bharu sudah dikenal pasti sebagai lokasi baru pembinaan stadium bola sepak pertama seumpamanya di

“Pada dasarnya Kafa mempunyai dua lokasi pilihan iaitu di Gading Galoh, Machang sementara satu lagi di Tunjong, Kota Bharu. Namun Kafa mengambil keputusan memilih tapak di Tunjong yang dimiliki oleh Kesultanan Kelantan sebagai tapak baru pembinaan stadium bola sepak di negeri ini,” katanya dalam sidang media, semalam.

“Stadium yang berkapasiti 30,000 tempat duduk dan dibina secara berbumbung ini hanya khusus untuk perlawanan bola sepak sahaja dimana standardnya adalah sesuai untuk perlawanan domestik dan antarabangsa.

“Sebenarnya, keutamaan kita dahulu ialah menaiktaraf Stadium Sultan Muhammad IV. Malah menerusi kajian pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), kita hanya memerlukan sekitar RM6 juta bagi mempertingkatkan kemudahan tempat duduk dan sebagainya namun permohonan kita dahulu ditolak oleh kerajaan negeri,” katanya.

Menurutnya, sekumpulan pegawai teknikal yang diketuai seorang arkitek berpengalaman telah berlepas ke England bagi buat kajian lebih terperinci mengenai rekabentuk pembinaan stadium bola sepak itu.

“Kita mendapat kerjasama sepenuhnya pihak Cardiff City dalam perkara ini. Malah kumpulan pegawai itu juga akan melihat lebih dekat rekabentuk Stadium Emirates dan Stamford Bridge namun rujukan terdekat kita masih lagi Stadium Cardiff City.

“Kita ambil inisiatif (pembinaan stadium) ini untuk berunding dengan kerajaan pusat. Kita mohon kepada kerajaan supaya stadium ini dibina secara ‘one-off’ menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dan selepas itu kita berhasrat memohon untuk menguruskan sendiri stadium tersebut.

“Bezanya Stadium Nasional Bukit Jalil dibina dan dimiliki oleh pihak kerajaan sementara untuk stadium ini ianya dibina oleh pihak kerajaan sementara kita bersedia menanggung kos pengurusan stadium itu,” katanya.

Ditanya mengenai usaha pihak kerajaan negeri untuk membangunkan sebuah kompleks sukan di Bukit Merbau, dekat Pasir Puteh seperti yang diumumkan baru-baru ini, Annuar berkata, usaha tersebut wajar diteruskan demi pembangunan sukan secara menyeluruh di negeri ini.

Stadium Sultan Muhammad IV kekal menjadi stadium terunggul di negeri ini walaupun Kafa bersedia membina sebuah stadium bola sepak yang baru.

No comments:

Post a Comment