Jocip Bonasin terlepas peluang untuk meletakkan Kelantan berada didepan pada m-33 apabila rembatannya terkena jaring sisi sebelah kanan pintu gol Pelita Jaya
KELANTAN 1
Mohd Izuan Salahuddin (m72)
PELITA JAYA FC 1
Joko Sasongko (m90)
KOTA BHARU – Gol penyamaan Joko Sasongko minit-minit akhir perlawanan menyelamatkan maruah kelab Pelita Jaya daripada diaibkan juara Liga Super yang baru, Kelantan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam semalam.
Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 yang menyaksikan kedua gol dijaringkan pada babak kedua. Tanpa lima pemain tonggak yang bersama skuad kebangsaan, Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mempertaruhkan barisan pemain simpanan dengan penampilan pemain jemputan, Jocip Bonasin yang turut beraksi cemerlang diposisi pertahanan.
Seawal minit kesebelas, pintu gol Pelita Jaya hampir dibolosi menerusi sepakan percuma Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi setelah penjaga golnya, Ali Barkah gagal menangkap kemas sementara rembatan susulan Mohd Nurul Azwan Roya selepas itu dihadang benteng pertahanan pasukan pelawat.
Pemain pertahanan, Jocip seharusnya meletakkan Kelantan berada didepan pada m-33 namun tolakannya terkena jaring sisi sebelah kanan pintu gol Pelita Jaya biarpun Ali Barkah sudah pun tertewas diposisinya.
Pemain Sayap , Mohd Nurul Azwan Roya melarikan bola biarpun cuba dikejar dua pemain pertahanan Pelita Jaya, malam kelmarin.
Begitupun, pemain sayap, Mohd Izuan Salahuddin menamatkan keresahan hampir 22,000 penyokong setia TRW apabila menjaringkan gol pendahuluan Kelantan pada m-72. Berpunca lorongan cantik Muhd Badhri, Mohd Izuan bijak melepasi perangkap ofsaid dan mengelecek Ali Barkah sebelum merembat kencang untuk gol Kelantan.
Walaubagaimanapun, kelekaan benteng pertahanan Kelantan pada penghujung perlawanan akhirnya mengundang padah apabila Joko Sasongko yang tidak dikawal mudah merembat kencang dalam kotak penalti untuk gol penyamaan pasukannya.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Norhadi Ubaidilah, Mohd Daudsu Jamaluddin (S Subramaniam), Wan Rohaimi Wan Ismail, Jocip Bonasin, Mohamad Ab Aziz Ismail, Khairan Eruan Razali (Zul Yusri Che Harun), Muhd Badhri Radzi (KP), Mohd Izuan Salahuddin (Wan Zaman Wan Mustapha), Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Daniel Fadzly Abdullah) dan Mohd Nizab Ayub.
PELITA JAYA FC : Ali Barkah (Kadek Wardana), Gilang Ginarsa (Ipan Priyanto), Edi Hafid, Ruben Karel Sanadi (Tri Rahmad Priadi), Magdis Faris (Andesi Prabowo), Egi Melgiansyah (KP), Joko Sasongko, Dedi Kusiyambar, Mustopha Aji (Riyandi Ramadana Putra), Abdul Rahman dan Engel Berd Sani (Apriansyah).
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (4) Pelita Jaya FC (4)
Percubaan tersasar : Kelantan (7)Pelita Jaya FC (4)
Sepakan penjuru : Kelantan (6) Pelita Jaya FC (5)
Sepakan percuma : Kelantan (15) Pelita Jaya FC (11)
Ofsaid : Kelantan (3) Pelita Jaya FC (3)
Kekasaran : Kelantan (8) Pelita Jaya FC (11)
Kad kuning : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Empat minit
Penguasaan bola : Kelantan (52%) Pelita Jaya FC (4)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Mohd Yusof Mat Karim
Penolong Pengadil 1: Mohd Sabri Mat Daud
Penolong Pengadil 2: Mohd Kamil Tumin
Pegawai Keempat : Mohd Nafeez Abd Wahab
Kommissioner Perlawanan : Mohd Jamil Zakaria
General Kordinator : Arif Hassan
Ambo bangga!!!....jadi penyokong TRW.
ReplyDelete