KOTA BHARU – Perlawanan persahabatan antarabangsa diantara juara Liga Super yang baru, Kelantan dengan kelab Pelita Jaya daripada Indonesia yang berkesudahan seri 1-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam semalam wajar dijadikan satu perlawanan persahabatan ulangan bagi kedua-dua pasukan pada setiap tahun.
Selain mengeratkan hubungan serumpun diantara kedua-dua negara, perlawanan persahabatan itu boleh membentuk hubungan dua hala yang lebih baik dalam pembangunan bola sepak bagi kedua-dua pasukan masing-masing.
Sekalipun kelab Pelita Jaya FC bertandang ke Kota Bharu tanpa pemain import termasuk pemain kebangsaan negara kita, Mohd Safee Mohd Sali dalam perlawanan tersebut namun itu tidak mengecewakan hampir 22,000 penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan malam semalam.
Annuar Musa menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pasukan Pelita Jaya FC, Egi Melgiansyah sejurus perlawanan berakhir.
Kapten Kelantan, Muhd Badhri Radzi cuba melarikan bola biarpun cuba dicabar Engel Berd Sani (kiri) dan Edi Hafid.
Annuar Musa diperkenalkan barisan pemain kelab Pelita Jaya FC sebelum sepak mula perlawanan persahabatan, malam semalam.
Koleksi lima piala yang dimenangi Kelantan turut diarak didalam stadium ketika waktu rehat separuh masa pertama.
Ultras Kelantan tetap berdiri teguh memberikan sokongan istimewa sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
No comments:
Post a Comment