KOTA BHARU – Sambutan luar biasa menanti kepulangan barisan pemain dan pegawai pasukan skuad Liga Super Kelantan sejurus tiba bersama trofi kejuaraan liga di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam semalam.
Walaupun tiba agak dilewat di stadium, namun itu tidak menghalang lebih 10,000 penyokong dan peminat setia The Red Warriors menanti penuh sabar untuk melihat lebih dekat piala paling berprestij liga bola sepak tempatan itu dipamerkan buat pertama kali di bumi negeri Cik Siti Wan Kembang.
Sejurus sahaja mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, dekat sini, tepat jam 10.10 malam, rombongan pemain dan pegawai pasukan diketuai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa diarak dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda diiringi 25 buah kereta Perodua Myvi, selain kereta berhias dan ribuan peminat bola sepak yang berkonvoi menaiki motosikal.
Lebih menarik lagi, perjalanan sejauh sembilan kilometer itu dan sepatutnya hanya mengambil masa setengah jam bertukar menjadi lebih lama apabila rombongan terpaksa mengharungi perjalanan hampir dua jam untuk sampai ke stadium kerana beberapa batang jalan utama menghala ke bandar Kota Bharu mengalami kesesakan teruk.
Sebaik sahaja barisan pemain The Red Warriors dan piala tersebut tiba di dalam stadium, seluruh peminat Kelantan memberikan tepukan gemuruh kepada wira-wira sebagai tanda penghargaan diatas kejayaan tersebut.
Annuar Musa didalam ucapannya menzahirkan perasaan gembira dan berterima kasih kepada semua penyokong setia bola sepak Kelantan diatas sokongan yang diberikan terhadap pasukan tersebut selama ini.
“Selepas menamatkan penantian 89 tahun bergelar juara Piala Malaysia musim lalu, kita menjulang pula Piala Sumbangsih dan malam ini kita sekali menamatkan penantian sejak 32 tahun apabila membawa pulang Piala Liga Super ke bumi Kelantan,” katanya.
“Pada malam ini juga, saya ingin mengumumkan berita gembira kepada seluruh peminat The Red Warriors antaranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan Kelantan telah dipilih untuk menyertai kejohanan Piala Konfiderasi Bola Sepak Asia (AFC) tahun depan.
“Untuk makluman semua, selaku juara Liga Super musim ini, Kelantan secara automatik layak untuk mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih dan perlawanan tersebut akan diadakan di Kota Bharu bermula saingan awal liga musim depan.
Annuar juga turut mengumumkan penjaga gol ketiga Kelantan, Norhadi Ubaidilah dipilih mewakili negara bagi Kejohanan Sukan Antara Universiti-Universiti Dunia di China selain lima pemain iaitu Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi, Mohd Daudsu Jamaluddin, S Subramaniam, Rizal Fahmi Ab Rosid dan Mohd Izuan Salahuddin turut terpilih untuk menjalani latihan bagi persiapan skuad kebangsaan menentang Chelsea pada 21 Julai ini.
Annuar (berbaju hitam) dan Kapten Kelantan, Muhd Badhri Radzi terpaksa diberi kawalan keselamatan yang ketat oleh anggota Rela sejurus keluar daripada balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, malam semalam.
Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim dan barisan pemain TRW ternyata cukup terharu dengan sambutan luar biasa rakyat Kelantan malam semalam.
Annuar (berbaju hitam) dan Muhd Badhri menjulang piala ketika menaiki kenderaan ‘low loader; khas untuk berarak ke Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Kepuasan jelas terpancar pada wajah pengendali pasukan Kelantan yang berusia 68 tahun ini setelah membawa TRW menjulang piala paling berprestij liga bola sepak negara musim ini.
Piala Liga Super dan Mock Cek RM500,000 menjadi milik The Red Warriors tiba bersama barisan pemain dan pegawai pasukan di stadium.
Ribuan peminat yang membanjiri jalan dihadapan lapangan terbang tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar lebih dekat piala tersebut.
Ribuan peminat berasak-asak dihadapan pentas utama untuk melihat lebih dekat trofi Liga Super.
Ambo bangga!!!
ReplyDeleteSemoga terus berjaya............