MUHD BADHRI MUHD RADZ
IKOTA BHARU – Menjelang pertemuan getir dua negeri berjiran, Terengganu menentang Kelantan malam esok, Ketua Pasukan Kelantan, Muhd Badhri Muhd Radzi mahu rakan sepasukannya menanamkan sikap positif untuk mencipta kemenangan sekaligus memastikan The Red Warriors berada dalam keadaan selesa memburu kejuaraan liga selepas ini.
“Kita bertandang bertandang ke Kuala Terengganu dengan misi memburu kemenangan. Memang kelebihan berpihak kepada Terengganu namun perlu diingat kita tidak pernah kalah disana sejak dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
“Kekuatan Terengganu mungkin kerana mereka mempamerkan aksi konsisten setiap masa. Kita perlu menyekat pergerakan pemain seperti Abdul Hadi (Yahya), Abdul Manaf (Mamat) dan Ismail Faruqi (Ash’ari). Ketiadaan Mohamad Ashaari (Samsuddin) sedikit merencatkan perancangan mereka. Jadi kita harus mengambilt peluang diatas ketiadaan pemain itu.
“Tiada tekanan kepada kita walaupun kedua-dua pasukan sebenarnya perlu menang perlawanan ini bagi menjarak kedudukan. Harapan saya kepada rakan sepasukan yang lain, kita turun bermain mati-matian dan membulatkan tekad untuk menang perlawanan ini. Insya Allah, kalau ada rezeki kita boleh jadi juara pada tahun ini,” katanya.
Mengulas mengenai ketiadaan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang mempunyai tugasan bersama skuad Olimpik kebangsaan. Muhd Badhri atau lebih dikenali dengan panggilan Piya menganggap Mohd Shahrizan Ismail mampu menggalas tugas berat dalam perlawanan itu.
Sementara itu, penjaga gol kedua Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail yang diberi tugas menjaga gawang gol berkata, beliau kini bersedia sepenuhnya memikul tanggungjawab tersebut walaupun diturunkan dalam perlawanan getir menentang Terengganu itu.
MOHD SHAHRIZAN ISMAIL
“Ini merupakan aksi kedua saya bersama Kelantan sepanjang musim ini. Kali pertama diturunkan ketika perlawanan pusingan kedua Piala FA, bertemu Johor FC tiga bulan lalu. Saya kini bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal bagi perlawanan ini.
“Saya akan cuba bermain sebaik mungkin bagi memastikan kita mampu mencatatkan kemenangan. Ketiadaan Khairul Fahmi (Che Mat) mungkin dirasaikan oleh peminat tetapi saya berjanji akan mempamerkan aksi terbaik.
“Saya berharap rakan-rakan sepasukan yang lain bermain sebagai satu pasukan. Memang ini satu perlawanan yang sukar tetapi saya percaya tidak mustahil kita mampu mencipta kemenangan sekalipun bermain ditempat lawan,” katanya.
meme kalu tgk ko teknikal pemain set ngganu lebih pado red warriors...tp kalu midfield kito jd molek male tu...Kelate mesti mene.
ReplyDelete