Rosmadi (duduk,tengah) bergambar dengan semua pemain futsal Sukma Kelantan dalam satu majlis ramas mesra di Kota Bharu, baru-baru ini.
KOTA BHARU – Pasukan bola sepak futsal Kelantan mensasarkan untuk meraih pingat emas dalam Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) XIV yang akan berlangsung di Kuala Lumpur bermula 2 hingga 12 Jun ini.
Diundi dalam Kumpulan D bersama Kuala Lumpur, Sabah dan Perak, Kelantan yang membariskan seramai 13 pemain termasuk tiga bekas pemain yang pernah beraksi dengan skuad futsal Liga Futsal Felda-FAM tahun lalu berpeluang cerah untuk merintis kejuaraan sulung dengan syarat perlu melepasi peringkat kumpulan terlebih dahulu.
Pengerusi Jawatan Kuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Wan Hanafi Wan Yaakob berkata, pihaknya begitu yakin skuad yang dibentuk sejak dua bulan lalu mampu membawa pulang pingat emas buat pertama kali ke negeri ini.
“Kita percaya dengan kemampuan pasukan yang dibentuk ini, kita mampu mencapai sasaran untuk meraih pingat emas dalam acara yang pertama kali dipertandingkan dalam Kejohanan Sukma kali ini,” katanya dalam sidang akhbar, baru-baru ini.
“Mereka bukan sahaja membawa cabaran negeri ini tetapi pada masa yang sama tergalas dibahu mereka untuk mengukir prestasi cemerlang sebagaimana yang disasarkan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan. Kita amat berbesar hati diatas peruntukkan yang disalurkan pihak MSN bagi membentuk pasukan futsal ini.
“Yang paling penting, saya ingatkan kepada semua pemain dan pegawai pasukan untuk menunjukkan disiplin terbaik sepanjang berada disana. Kita harap semangat diatas pencapaian menakjubkan pasukan Liga Super Kelantan ketika ini menjadi perangsang kepada pasukan ini untuk mencipta kejayaan,” katanya.
Sementara itu Pengurus Pasukan, Noor Nashriq Datuk Sekarnor berkata, beliau cukup optimis Kelantan mampu meraih pingat emas dalam acara futsal biarpun acara tersebut baru pertama kali dipertandingkan dalam Kejohanan Sukma XIV ini.
“Saya percaya dengan latihan yang berterusan sejak dua bulan lalu dibawah kendalian jurulatih, Abdul Aziz (Mustapha) dan Tuan Kamree (Tuan Yahya),matlamat kita untuk meraih pingat emas pada kejohanan kali ini tercapai.
“Berdasarkan rekod, peluang kita untuk menjadi juara kumpulan amat cerah. Saingan mungkin daripada Kuala Lumpur sahaja sementara dua pasukan lain iaitu Sabah dan Perak difahamkan kurang aktif sejak dua tahun kebelakangan ini,” katanya.
Skuad futsal Kelantan akan bertolak ke ibu negara pada hari inibagi menghadapi perlawanan pertama yang dijadualkan pada 4 Jun ini.
=)...semoga futsal kelantan bersinar di persada tanah air..
ReplyDeleteBoh,bwah gmbr tu,bkn ramas mesra tp ramah mesra.hehe
ReplyDeletelike team futsal...kelate boleh!!
ReplyDelete