Abdul Fattah Mahmood dan isterinya sempat menziarahi Sairozi Daud yang dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, semalam
KOTA BHARU - Bekas pemain Kelantan, Sairozi Daud dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu pagi semalam setelah tahap kesihatan beliau merosot sejak beberapa hari yang lalu ekoran penderitaan penyakit barah tengkuk yang dihadapi beliau hampir setahun lalu.
Sairozi, 32 tahun, mula dikesan menghidap penyakit barah tengkuk sejak awal Febuari tahun lalu dan menjalani pembedahan di Hospital Pakar Sultan Abdul Samad, Johor Bahru serta pernah menerima rawatan kimoterapi sebanyak tujuh kali selain radioterapi sebanyak 36 kali sepanjang mendapatkan rawatan di hospital tersebut.
Bapanya, Daud Yaakob berkata, keadaan kesihatan anaknya kembali teruk memaksa keluarganya mengambil keputusan memasukkan beliau ke hospital tersebut pagi semalam.
“Beliau sudah tidak tidak menjamah makanan sejak tiga hari lalu. Makan pun hanya sesuap sudu sahaja sejak beberapa hari lalu. Beliau tidak berselera untuk makan, tidak ada tenaga dan sekarang hanya mampu terbaring sahaja,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.
“Melihat kepada keadaan beliau ketika ini, beliau sendiri meminta untuk dibawa ke hospital dan kami sekeluarga hari ini (semalam) sepakat membawa beliau ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Sebelum ini kami sekeluarga pernah mendapatkan rawatan tradisional bagi memulihkan penyakit beliau tetapi setakat ini tidak banyak perubahan yang dialami olehnya setelah mendapat rawatan tersebut,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Insan, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood sempat meluangkan masa hampir sejam menziarahi Sairozi di hospital tersebut petang semalam dan turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada keluarga tersebut.
Abdul Fattah ketika dihubungi berkata, sumbangan itu diharap sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga bekas pemain bola sepak Kelantan itu yang terpaksa menjaga beliau sepanjang berada di hospital itu.
“Saya terkejut apabila maklumkan mengenai perkara ini pagi tadi. Saya bersimpati dengan penderitaan yang dialami beliau serta kesulitan yang dialami keluarganya ketika ini.
“Saya mendoakan semoga beliau kembali sembuh dan saya berharap para peminat bola sepak Kelantan juga turut sama-sama mendoakan semoga beliau pulih sepenuhnya daripada penyakit yang dihadapinya ketika ini,” katanya.
Penderitaan penyakit yang dihadapi oleh Sairozi Daud pernah didedahkan oleh akhbar ini awal Disember tahun lalu dan mendapat perhatian beberapa pihak termasuk Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK), Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) dan Skuad Sayang Wanita UMNO Pasir Mas dan Machang yang tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban yang dialami oleh keluarga beliau sekarang.
sama2 la kita mendoakan kesihatannya.
ReplyDeleteto ridzal,,teruslah menyokong sukan uutk ngriklate,,
ReplyDeletehari tu sy g melawat..abe buleh kecep molep2 lg..:-s
ReplyDeleteinnalillahiwainnailaihirojiun
ReplyDeletesemoga rohnya dicucuri rahmat ...