Enam lagi syarikat turut menjadi penaja bersama TRW musim ini
KOTA BHARU – Teka-teki dalam kalangan peminat bola sepak mengenai pihak mana yang menjadi penaja terakhir untuk Kelantan akhirnya terjawab apabila syarikat jenama prabayar terkenal, happy menjadi penaja utama penaja utama pasukan The Red Warriors (TRW) bagi saingan Liga Malaysia musim ini
Roslan (dua,kanan) menandatangani perjanjian sebagai penaja utama TRW musim ini sambil diperhatikan Annuar Musa.
Majlis menandatangani perjanjian kerjasama diantara Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dengan pihak happy berlangsung di Pusat Perdagangan Kelantan (KTC), semalam. Pihak Kafa diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Mohamad Noordin Awang sementara happy diwakili oleh Pengurus Besarnya, Roslan Rosli.
Selain happy, sebanyak enam lagi syarikat iaitu akhbar Sinar Harian, Al-Jabbar Group, Yusmira Trading, Alhamra Group, Umbro dan TRW Station turut sama menandatangani perjanjian menjadi penaja bersama pasukan Kelantan dalam majlis tersebut.
Hadir sama dalam majlis menandatangani ‘Program Partnership Utama Kafa – happy dan penaja bersama The Red Warriors 2011’ ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Tahun Bola Sepak Kelantan, Datuk Ramzi Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Hussain Awang, ahli-ahli majlis Kafa serta penyokong bola sepak tempatan,
Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dalam ucapannya berkata, pihaknya amat berbesar hati diatas kesudian pihak happy yang bersedia menjadi penaja utama pasukan Kelantan pada musim ini bersesuaian dengan peraturan apabila pasukan bola sepak bagi setiap negeri kini diberi kebebasan untuk mendapatkan penajaan sepenuhnya.
“Pihak Kafa dan happy akan menjadi satu penjenamaan yang baru kepada skuad Kelantan pada musim ini. Saya tidak boleh menggumumkan jumlah tajaan sebenar daripada happy tetapi apa yang boleh saya katakan ianya mencecah jutaan ringgit,” katanya dalam ucapan tersebut.
“Penajaan elit ini meliputi kesemua perlawanan pasukan TRW di dalam Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan juga Piala Presiden. Selain daripada itu, penajaan ini juga akan tertumpu kepada usaha untuk merancakkan pembangunan bola sepak diperingkat akar umbi di negeri ini.
Sementara itu, Pengurus Besar happy, Roslan Rosli dalam kenyataan yang diedarkan kepada pihak media berkata, pihak happy amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan Kafa serta pasukan TRW sekaligus dapat bersama-sama meningkatkan prestasi
“Dibawah perjanjian ini, happy akan bekerjasama dengan Kafa untuk membawa kemeriahan bola sepak melalui pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang tahun kepada masyarakat negeri ini.
“Pembabitan happy juga dianggap berbeza bukan sekadar menaja pasukan elit tetapi ianya turut membabitkan pembangunan bola sepak di kalangan remaja di negeri ini. Malah kami yakin kerjasama ini kelak dapat membantu Kafa membangunkan sukan bola sepak di negeri ini serta mencungkil bakat-bakat baru untuk memperkasakan pasukan Kelantan pada masa akan datang,” katanya.
No comments:
Post a Comment