Saturday, November 20, 2010

Liga Malaysia 2012 bakal berwajah baru


ANNUAR MUSA

KOTA BHARU –Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum menetapkan jumlah pasukan yang bakal beraksi dalam Liga Super pada tahun 2012. 

Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah pasukan yang akan dibawa ke depan bagi Liga Super musim 2012 belum ditetapkan. Soal (sama ada) berlakunya penurunan dan penambahan pasukan juga masih belum diputuskan oleh FAM.

“Ianya akan diputuskan dalam masa terdekat dan jumlah pasukan sudah tentu akan dikurangkan daripada jumlah 14 pasukan sekarang kepada 12 atau mungkin 10 pasukan,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Bharu, semalam.

“Kita juga mahu melihat semua pasukan pada tahun depan membuat persiapan ke arah lebih profesional termasuklah pengurusan pasukan mesti diasingkan daripada pengurusan persatuan bola sepak negeri

“Kita ingin melihat satu sistem pengurusan yang boleh dikendalikan secara lebih komersial, teratur dan telus. Ini salah satu daripada prasyarat bagi kita untuk menyertai kejohanan yang lebih tinggi seperti Piala AFC dan sebagainya. 

“Ianya akan dipantau sepenuhnya oleh MSL (Malaysian Super League) iaitu sebuah syarikat induk milik FAM yang mana saya sendiri menpengerusikan. Dengan cara ini kita akan memastikan penganjuran MSL pada tahun-tahun akan datang dapat dilakukan dengan lebih teratur.

Annuar berkata, beliau akan membuat pengumuman mengenai bidaan untuk penajaan-penajaan sebaik sahaja mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa MSL pada hari Sabtu ini.

“Tujuan kita lakukan ini ialah untuk memastikan nilai sebenar penganjuran MSL dapat dipertingkatkan. Sekarang ini, kita faham ramai penaja tidak berminat untuk membuat tajaan kerana nilai liga itu sendiri kurang menimbulkan rasa minat kepada mereka.

“Sejak kita beri gambaran untuk penganjuran pada 2012, alhamdulilah saya mendapat maklumbalas yang positif dan saya telah pun memulakan rundingan dengan beberapa pihak dan kita berharap ianya dapat diputuskan sebelum akhir tahun,” katanya.

No comments:

Post a Comment