Wednesday, August 3, 2011

UNDIAN PIALA MALAYSIA HARI INI


KOTA BHARU – Juara dan Naib Juara Liga Super musim ini, Kelantan dan Terengganu bakal diletakkan dalam kumpulan berbeza apabila majlis pengundian kempen Piala Malaysia berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari  ini.

Kelantan yang dilabelkan selaku juara bertahan dan juara baru Piala FA musim ini, Terengganu sudah pasti menjadi pasukan yang perlu diberi perhatian memandangkan kedua-dua pasukan ini merupakan antara pasukan terkuat dalam saingan Liga Super musim ini.

Begitupun, cabaran Selangor selaku pasukan ketika terbaik liga musim ini tidak harus dipandang sepi. Tampil selaku juara 32 kali, kempen Piala Malaysia cukup sinonim bagi Selangor kerana mereka merupakan satu-satunya pasukan paling banyak menjulang piala paling berprestij itu.

Undian kali ini juga menyaksikan pasukan Harimau Muda sah menarik diri dan tempatnya digantikan pasukan dari Liga Perdana,  Sime Darby FC yang layak setelah mencatatkan kemenangan 6-0 dalam perlawanan playoff ke atas Pahang, baru-baru ini.

Saingan kali ini juga menyaksikan juara Piala Malaysia 2006, Perlis tidak layak beraksi kerana tersingkir ke Liga Perdana musim depan. Saingan sengit daripada pasukan Liga Perdana seperti Sarawak, Johor, PDRM dan PKNS Selangor selaku juara liga musim ini juga tidak boleh dipandang mudah.

Turut bertanding dalam kempen Piala Malaysia musim ini ialah naib juara musim lalu, Negeri Sembilan, juara treble 2007-2008, Kedah, Perak, KL Felda United FC, Johor FC, T-Team, Sabah dan Kuala Lumpur.

2 comments: