KELANTAN 0
SABAH 0
KOTA BHARU – Kelantan terus dirundum malang apabila gagal mengutip mata penuh setelah sekadar seri tanpa jaringan dengan Sabah dalam aksi perlawanan bola sepak Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Turun tanpa penyerang utama, Norshahrul Idlan Talaha dan perancang tengah, Mohd Shakir Shaari, jelas kebangkitan yang diinginkan bertukar dengan iguan buruk setelah aksi hambar dengan gerakan serba tidak menjadi menghiasi sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung malam tadi.
Seawal minit keempat, Kelantan terlebih dahulu mencemaskan pintu gol Sabah menerusi rembatan Ketua Pasukan, Muhd Badhri pada jarak 30 meter yang menyaksikan bola rembatannya melewati pintu gol Sabah.
Selang tiga minit kemudian, giliran pasukan Sang Badak pula menguji kehebatan Khairul Fahmi Che Mat menerusi sepakan Sumardi Hajalan dari luar kotak penalti yang menyaksikan tersasar disebelah kiri pintu gol.
Pada m-29, gerakan menarik diantara Mohd Nurul Azwan Roya dengan Muhd Badhri didalam kotak penalti pasukan pelawat berakhir dengan kehampaan apabila penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein pantas meluru menyelamatkan situasi merbahaya itu.
Selang seminit kemudian, tindakan penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed yang keluar diposisinya hampir mengundang padah apabila pemain tengah, Danial Fadzly Abdullah sempat mencuri peluang dengan melakukan rembatan daripada tengah padang namun rembatannya sediki tersasar beberapa meter daripada pintu gol.
Begitu pun, pasukan Sabah turut memperolehi peluang terbaik pada m-39, kali ini menerusi rembatan Leopold Alfonso Otong dari jarak 30 meter yang menyaksikan Khairul Fahmi terpaksa melayangkan badan untuk menepis keluar rembatan tersebut.
Pada m-41, penyerang Kelantan, Mohd Nizab Ayub mensia-siakan peluang terbaiknya apabila menanduk liar hantaran lintang Mohd Nurul Azwan Roya disebelah kanan pintu gol Sabah.
Dua minit kemudian, rembatan kencang Mohd Nurul Azwan nyaris menghasilkan gol untuk Kelantan namun terkena tiang gol sementara rembatan susulan Solehin Kanasian Abdullah selepas itu ditampan keluar pemain pertahanan Sabah.
Danial Fadzly dan Mohd Farisham Ismail turut mensia-siakan peluang terhidang apabila percubaan mereka masing-masing pada m-46 dan seminit kemudian tersasar jauh daripada pintu gol Sabah.
Jelas, corak permainan Kelantan tenggelam dengan aksi pantas pemain Sabah yang gemar melakukan serangan balas disamping kerap ‘berkampung’ dibenteng pertahanan bagi mengekangkan asakan bertali arus pemain Kelantan dalam perlawanan malam tadi.
Kekentalan Syed Adney digawang gol pasukannya terbukti apabila berjaya membaca tepat sepakan percuma dari luar kotak penalti oleh Danial Fadzly pada m-58 perlawanan.
Penyerang kelantan Mohd Khalid Jamlus mengelak dari diasak oleh pertahanan Sabah
Dua minit kemudian, Kelantan cemas seketika apabila rembatan leret Hariri Mohd Safii hanya melintasi pintu gol biarpun Khairul Fahmi sudah pun tertewas sebelum itu.
Begitu pun pada m-72, pengadil perlawanan, Dennis Anak Sayeng terpaksa menghentikan perlawanan seketika setelah penjaga gol Sabah, Syed Adney mendakwa terganggu dengan pancaran laser yang dilakukan oleh penyokong setia Kelantan.
Dalam keghairahan Kelantan memburu gol kemenangan, pada m-83, pemain gantian pasukan Sabah, Zuraindey Jumai sempat mencuri perhatian apabila menanduk tepat ke gawang gol Kelantan setelah menerima hantaran lintang daripada Hariri.
Pada m-88, Sabah sekali lagi mencemaskan pintu gol Kelantan apabila Julamri Muhammad yang menampan kemas umpanan rakan sepasukannya, gagal menghasilkan gol untuk pasukannya setelah rembatannya sedikit tersasar daripada pintu gol Kelantan.
Tindakan jurulatih Sabah, Phillip Gary Michael yang membantah keputusan pengawai perlawanan pada masa kecederaan menyaksikan beliau diarahkan meninggalkan bangku simpanan pasukannya menutup tirai aksi tidak bermaya The Red Warriors untuk mengutip tiga penting dalam perlawanan malam tadi.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, S Subramaniam, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Wan Rohaimi Wan Ismail (Muhammad Khalid Jamlus), Mohd Nurul Azwan Roya, Danial Fadzly Abdullah, Muhd Badhri Radzi (KP), Mohd Nizab Ayub (Mohd Izuan Salahuddin) dan S Chanturu (Solehin Kanasian Abdullah).
FORMASI : 4-4-2
SABAH : Syed Adney Syed Hussein, Hariri Mohd Safii, Mohd Reithauddin Awang Emran (KP), Alto Linus, Mafry Balang, Rosdin Wasli, Sabri Sahar, Sumardi Hajalan (Zainizam Marjan), Shahrul Azhar Ture, Razlan Oto (Julamri Muhammad) dan Leopold Alfonso Otong (Zuraindey Jumai).
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (3) Sabah (2)
Percubaan tersasar : Kelantan (10) Sabah (10)
Sepakan sudut : Kelantan (11) Sabah (1)
Sepakan percuma : Kelantan (18) Sabah (13)
Offsaid : Kelantan (2) Sabah (4)
Kekasaran : Kelantan (9) Sabah (12)
Kad kuning : Kelantan (Mohd Izuan Salahuddin) Sabah (Mohd Reithauddin Awang Emran)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : 10 minit
Penguasaan bola : Kelantan (52%) Sabah (48%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Dennis Anak Sayeng
Penolong Pengadil 1: Ahmad Zaini Awang Lah
Penolong Pengadil 2: Ismadi Ibrahim
Pegawai Keempat : Mohd Rahimi Mohd Nor
Komisionel Perlawanan : Abd Ghani Ishak
General Kordinator : Arif Hassan
No comments:
Post a Comment