Thursday, January 27, 2011

TALIAN HAYAT UNTUK SATHIA


KOTA BHARU – Enggan membiarkan pengalaman dan kepakaran bekas jurulatih kebangsaan, B Sathianathan terbiar begitu sahaja ekoran hukuman penggantungan selama enam bulan ke atas beliau, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) serta-merta melantik beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi The Red Warriors (TRW) yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, selain menjawat jawatan tersebut Sathianathan juga  akan dilantik sebagai Penasihat Teknikal dan Pembangunan kepada beliau. 

“Beliau akan diberi tugas untuk mengenal pasti sekurang-kurangnya lima jurulatih dan lima penolong jurulatih. Kedua, beliau akan berunding dengan lima buah sekolah atau pun mana-mana pusat yang boleh dijadikan satu pengkalan untuk kita menjalankan aktiviti akademi selain daripada satu pusat latihan khas,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Bharu.

“Satu pemilihan terbuka akan diadakan pada penghujung bulan Febuari dan pada setiap minggu kita adakan pemilihan terbuka diseluruh negeri dan kita akan membuat tawaran kepada yang berminat untuk menyertai akademi ini, mereka boleh datang untuk sesi pemilihan terbuka itu.

“Setiap minggu dalam bulan Mac, kita akan mengadakan sesi pemilihan terbuka untuk memilih antara 250 hingga 300 pelajar. Pelajar-pelajar ini akan ditempatkan di lima buah pusat latihan dan kita akan mewujudkan sehingga 10 pusat latihan dibawah akademi ini selepas itu,” katanya.

Sementara itu, Sathianathan berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Kafa yang masih mahu mendapatkan khidmat beliau untuk merancang pembangunan bola sepak di negeri ini walaupun telah digantung selama enam bulan. 

“Saya akan mengemukakan sekali lagi rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (FAM) berhubung dengan hukuman penggantungan ke atas saya dengan cara yang betul berdasarkan perlembagaan dan sebagainya.

“Bukan rayuan kerana rayuan telah ditolak. Saya akan menggunakan saluran-saluran tertentu. Memang tidak kena dengan masanya (hukuman penggantungan ini). Saya rasa dukacita kerana harapan penyokong-penyokong Kelantan terutama dalam perlawanan Sumbangsih.

“Saya percaya kedua-dua pembantu, Hashim Mustapha dan Sideek Samsuddin akan melakukan yang terbaik dalam perlawanan ini. Saya akan berbincang dengan kawan-kawan saya yang mempunyai kepakaran dalam undang-undang dan saya akan kemukakan dalam masa terdekat.

“Saya seorang yang profesional dan saya ada hak untuk membuat rayuan sekali lagi. Saya tidak boleh cakap yang benar. Orang yang tulis itu (artikel) masih ada kerja tapi saya tidak ada kerja sekarang,” katanya.

No comments:

Post a Comment