Wednesday, January 5, 2011

KEPULANGAN WIRA NEGARA

MAJLIS SAMBUTAN KEPULANGAN WIRA NEGARA DI KAMPUNG CHERANG, KOTA BHARU
 


Teman istimewa Apek, Aimie Harmelia Mohd Hashumi tidak melepaskan peluang hadir menyambut kepulangan beliau daripada Kuala Lumpur.


Apex, diarak bermula daripada Machang sehingga ke Kota Bharu dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.


Peminat bola sepak Kelantan tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Apek pada majlis tengahari semalam.


Sebahagian kaum muslimah turut mengambil kesempatan menikmati hidangan laksa pada majlis tersebut.

Pengunjung lelaki juga turut merasai jamuan laksa dan bubur asyura dalam majlis tersebut.


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan cenderahati kepada wira bola sepak negara. 


Khairul Fahmi menerima kucupan daripada ibu beliau, sejurus tiba di majlis sambutan pemain tersebut semalam.


Peminat bola sepak tempatan juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama penjaga gol nombor satu negara ini. 


Tetamu jemputan termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Cina Kelantan, Chang Song Yee (tiga, kiri) turut bergambar kenangan dengan Apek.

Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim (kanan) menyampaikan bola yang ditandatangani oleh Apek kepada pemenang cabutan bertuah. 

No comments:

Post a Comment