KOTA BHARU – Dua pemain tonggak, Mohd Khalid Jamlus dan Solehin Kanasian Abdullah terpaksa diketepikan oleh pengurusan skuad Liga Super Kelantan daripada menyertai rombongan ke Pulau Pinang bagi menghadapi empat perlawanan persahabatan disekitar utara tanah air setelah mengalami kecederaan dan faktor keluarga.
Mohd Khalid, 34 tahun, pemain yang digantung tidak bertali oleh pasukan ATM sementara Solehin Kanasian, 28 tahun, bekas pemain sayap kanan pasukan Singa Utara musim lalu antara muka baru yang menyarungi jersi skuad The Red Warriors musim ini.
MOHD KHALID JAMLUS
Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan ketika ditemui mengesahkan kedua-dua pemain itu tidak menjalani latihan dan mengikuti rombongan skuad Kelantan yang bertolak ke Pulau Pinang pagi semalam.
“Saya memberi pelepasan kepada Solehin (Kanasian Abdullah) bagi membolehkan dia pulang ke kampung halaman untuk melawat ibunya yang dimasukkan ke hospital kerana sakit teruk,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.
“Khalid (Jamlus) saya hantar dia ke Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil bagi menjalani rawatan ekoran kecederaan yang dia alami. Disini tidak ada kemudahan untuk merawat kecederaan dia dan pada masa yang sama kita akan bertolak ke Pulau Pinang hari ini.
SOLEHIN KANASIAN ABDULLAH
“Jadi saya mengambil keputusan menghantar dia ke sana. Bukan hanya untuk memulih kecederaan tetapi juga untuk memastikan tahap kecergasan dia tidak menurun. Saya berharap dia menjalani rawatan dengan baik disana dan dapat pulih dalam waktu terdekat ini,” katanya.
Sathianathan turut mengakui dilanda keresahan ekoran sindrom kecederaan sentiasa menghantui barisan pemain Kelantan pada ketika sepak mula Liga Malaysia hanya berbaki dua minggu lagi.
“Banyak yang menjadi penyumbang kepada faktor kecederaan pemain kita seperti keadaan padang. Macam Daudsu (Jamaluddin) dan Zairul (Fitree Ishak) yang mengalami kecederaan ketika perlawanan persahabatan baru-baru ini.
“Subra (S Subramaniam) mungkin akan kembali menjalani latihan dalam beberapa hari lagi. Saya yakin dua, tiga pemain yang cedera ini akan kembali dalam skuad utama kita sedikit masa lagi,” katanya
Sesi latihan pagi semalam menyaksikan kedua-dua pemain pertahanan, Zairul Fitree Ishak dan S Subramaniam sekadar menjalani latihan ringan ditepi padang sambil diawasi pembantu jurulatih, Sideek Samsuddin ekoran kecederaan yang dialami oleh mereka sebelum ini.
Harap2 tahun ni akan dapat bawa balik piala lagi.
ReplyDelete