Thursday, December 9, 2010

FAM TENTUKAN NASIB TIGA PEMAIN

KOTA BHARU – Episod konflik penghijrahan tiga tonggak utama Kelantan musim lalu mungkin bakal berakhir di Wisma FAM tidak lama lagi apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dijangka memanjangkan perkara tersebut secara rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Trio pemain iaitu Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose dilaporkan tidak berminat untuk menyarung jersi Kelantan sebaliknya memilih untuk beraksi bersama kelab T-Team (Terengganu) untuk musim depan. 

INDRA PUTRA MAHAYUDDIN

Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa dipetik daripada kenyataan beliau dilaman sosialnya berkata, pihak Kafa menyerahkan isu keengganan ketiga-tiga pemain tersebut mewakili Kelantan kepada Jawatankuasa Status, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan dipengerusikan oleh Datuk Takiyuddin Hassan.

TAN SRI ANNUAR MUSA

“Kita serahkan perkara ini kepada Jawatankuasa Status, FAM untuk menentukan keputusan ini. Sebelum ini, kita sudah maklumkan kepada semua pasukan tentang kedudukan pemain kita. Seperti pemain mana yang boleh dirunding dan pemain mana yang kekal menjadi milik Kelantan. Jadi segala-galanya sudah jelas,” katanya.

“Saya juga telah memaklumkan kepada Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Rozi Mamat yang juga Pengurus Pasukan T-Team berkenaan hal tersebut.

“Sekiranya mana-mana pasukan atau pemain mahu melanggar peraturan yang sedia ada, kita tidak boleh berbuat apa-apa. Kita serahkan kepada peruntukan undang-undang sedia ada. Biar FAM atau mahkamah yang tentukan.

Annuar berkata, beliau tidak kesal sekiranya ketiga-tiga pemain itu hendak berhijrah ke mana-mana pasukan lain tetapi biarlah mengikut saluran yang betul.

“Kita dah tawarkan gaji yang tinggi kepada mereka. Indra Putra (Mahayuddin) kita tawar RM19,000, Farhan (Mohd Norfarhan Muhammad) RM16,000 dan Azizi (Matt Rose) pula RM12,000. Kita juga bagi sebulan bonus kepada mereka. Itu tidak termasuk lagi bonus yang kita menang Piala Malaysia baru-baru ini. 

AZIZI MATT ROSE

MOHD NORFARHAN MUHAMMAD

“Cuma yang apa yang saya kesalkan sehingga kini tidak ada sebarang makluman oleh mereka kepada pihak Kafa secara hitam putih tentang keputusan (penghijrahan) mereka. Itu yang mengecewakan saya. 

“Secara jujur boleh saya katakan Kafa memang tak sempat hendak mencari pemain lain menggantikan mereka. Saya fikir, ini merupakan satu unsur mensabotajkan persiapan pasukan kita dan Kelantan sememangnya bakal berhadapan dengan masalah dari segi menyiapkan pasukan kerana liga musim depan akan bermula kira-kira sebulan lagi,” katanya. 

Laporan media sebelum ini pernah melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan mana-mana pemain yang gagal mematuhi peraturan berkaitan kontrak bermain bersama pasukan boleh digantung antara enam bulan hingga setahun sepanjang musim depan.

7 comments:

  1. hahaha, molek biar gatom tok leh main semusim

    ReplyDelete
  2. ngoti.....FAM v la die pilihan sma ada nk maen pasukan kelate atau kna gatung smusim......sruh tiga pemain tu pilih.............hrap2 azizi,indra,farhan msok mula pasukan red warrior...........GOMO KELATE GOMO............GOMO NUAR MUSO GOMO.....

    ReplyDelete
  3. Pengurus T-Team pun tak reti ko.........bengong!

    ReplyDelete
  4. gantung jer puak2 ni...bila dah ada nama, besar kepala...tawaran gaji dpd tan sri anwar tak cukup ke?..jgn tamak..org tamak selalu rugi...ingat masa muda ni org nak ambik kita main bola...nnti dah tua belum tentu lg boleh jadi jurulatih...sedarlah woi...sy peminat setia bola sepak kelate...

    ReplyDelete
  5. FAM FAM FAM...tolong gantung puak2 ni....

    ReplyDelete
  6. FAM tolong gantung tiga pemain ni... GOMO KELATE GOMO

    ReplyDelete