Monday, July 12, 2010

SELANGOR TIDAK BERNASIB BAIK - DEVAN


 K DEVAN

KOTA BHARU – Sudah pasti raut wajah K Devan terpancar sedikit kegembiraan sebaik sahaja pengadil perlawanan, Shokri Nor meniupkan wisel penamat menyaksikan keputusan seri 1-1 pertemuan diantara Selangor dengan Kelantan malam semalam.

Ketua Jurulatih Selangor, K Devan berkata, walaupun Kelantan dilihat menguasai perlawanan pada 20 minit pertama perlawanan tetapi aksi cemerlang pemain Selangor juga tidak boleh dinafikan.

“Walaupun Kelantan terlebih dahulu menguasai perlawanan, tetapi barisan tengah Selangor juga turut mendominasi perlawanan selepas itu. Jelas kita tidak bernasib baik untuk memenangi perlawanan itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Kita mempunyai peluang terbaik melalui Amri Yahyah pada minit kesembilan yang hanya berhadapan satu sama satu dengan penjaga gol lawan tetapi kegopohannya menyaksikan kita berputih mata.

“Bermula babak kedua, kedua-dua pasukan mula meningkatkan tempo permainan, hasilnya kita berjaya menjaringkan gol pada minit ke-59 melalui Amirulhadi Zainal,” katanya.

Menurut Devan, kesilapan benteng pertahanan Selangor yang terlalu memberi ruang mengakibatkan Kelantan memperolehi gol penyamaan lima minit kemudian.

“Walaubagaimanapun, saya memuji komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pemain Selangor sepanjang 90 minit perlawanan itu berlangsung.

“Kita mempunyai beberapa peluang terutamanya pada minit-minit akhir perlawanan, yang menyaksikan barisan hadapan kita gagal menterjemahkan dalam bentuk jaringan.

“Saya rasa inilah keputusan seri pertama dicatatkan di sini (Stadium Shah Alam). Kita tidak pernah kalah bermain disini bahkan kita merekodkan semua kemenangan ke atas pasukan pelawat di Stadium Shah Alam sepanjang musim ini,” katanya.

Dalam pada itu, Devan turut memuji persembahan kedua-dua pasukan yang disifatkan sangat menghiburkan bagi peminat Selangor dan juga Kelantan.

“Ini barulah satu perlawanan bola sepak yang menarik. Faktor kecergasan pemain, aksi saling berbalas serangan, tidak membosankan disamping tempo persembahan yang laju mewarnai persembahan kedua-dua pasukan.

No comments:

Post a Comment