Thursday, July 22, 2010

Karnival The Red Warriors gegar Kelantan 23 hingga 27 Julai


KOTA BHARU – Karnival The Red Warriors yang akan bermula pada hari Jumaat sehingga 27 Julai ini di perkarangan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu menjanjikan pelbagai aktiviti yang menarik khusus untuk masyarakat di negeri Kelantan.

Karnival bertemakan ‘Menjadi Medan Himpun Temu Berlandaskan Populariti Pasukan The Red Warriors’ merupakan julung kali diadakan itu dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sempena dengan sambutan Tahun Bola Sepak Kelantan (TBSK) pada tahun ini.

Karnival yang berlangsung selama lima hari itu sarat dengan pelbagai aktiviti menarik khusus kepada semua pengunjung . Dianggarkan lebih daripada 300 gerai merangkumi pelbagai agensi kerajaan, syarikat korporat, syarikat swasta dan orang perseorangan terlibat menjayakan karnival itu.

Antara aktiviti menarik yang akan diadakan ialah pertandingan mewarna TRW untuk kanak-kanak, pertandingan masakan resipi Kelantan, pertandingan gubahan TRW selain daripada pertandingan mini futsal untuk pelajar sekolah rendah di sekitar Kota Bharu.

Selain daripada itu, pertandingan gambar seiras ibu dan anak, pertunjukan bakat kanak-kanak TRW, pencarian Red Warriors dan Red Princess – “Orang Merah Karnival” dan Malam Puisi Pejuang “Warriors” turut menjadi sebahagian daripada aktiviti sepanjang karnival itu berlangsung.

Selain itu, sesi bermesra bersama pemain pasukan TRW dalam segmen tertentu dan disamping berpeluang bergambar bersama bintang bola sepak digerai yang khususkan antara beberapa aktiviti dijangka mendapat sambutan.

Perlawanan bola sepak menemukan pasukan TRW menentang salah sebuah pasukan kelab dari Thailand turut diadakan sempena karnival ini berlangsung.

Peminat bola sepak Kelantan juga berpeluang mendapatkan barangan sukan seperti bola dan baju yang ditandatangan oleh pemain Kelantan dalam sesi lelongan tajaan UMBRO.

Permainan berasaskan bola seperti menimang bola yang menawarkan hadiah menarik, cabutan bertuah TRW bersama Sinar Harian dan juga pengedar barangan sukan, UMBRO juga menanti pengunjung yang bertuah. 

Para pengunjung juga berpeluang mendapatkan merchandise terbaru keluaran Kafa seperti  kerepek sira disamping baju, jersi, beg, jam tangan dan pelbagai lagi.

Persembahan dikir barat TRW oleh pendikir-pendikir terkenal negeri ini dan persembahan keluarga bersama artis jemputan dijangka menarik perhatian ramai sewaktu karnival itu berlansung.

Cabutan bertuah mega dan jualan hebat akhir karnival mengakhiri malam terakhir karnival itu.

Disamping itu, promosi gerai buah-buahan anjuran pihak FAMA juga turut menawarkan pelbagai jenis buah-buahan tempatan kepada para pengunjung. 

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Exco Pembangunan Modal Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood dijangka hadir merasmikan karnival yang julung-julung kali diadakan ini. 

Kesebelasan utama pemain Kelantan dijangka akan bertemu peminat sempena Karnival The Red Warriors yang akan bermula esok sehingga 27 Julai ini.

1 comment:

  1. ADA UBI ADA BATAS.JANGE DUK SEDAK ATI WEI SEK GANUNG.
    GOMO KELATE GOMO.SEMANGAK ANOK JATE.LAWE KITO LAWE BIA TETU SAPA CAWAK KOTE.CAIYOK.

    ReplyDelete