Wednesday, June 2, 2010

GELANGGANG FUTSAL SEDIA DIGUNAKAN


Dato' Sekarnor Che Omar

KOTA BHARU – Gelanggang futsal bertaraf antarabangsa pertama seumpamanya di Kelantan kini siap sedia untuk digunakan  bagi mana-mana kejohanan futsal tempatan.

Gelanggang tersebut yang dibina di KB Futsal Arena, Padang Tembak sudahpun siap sepenuhnya penghujung bulan Mei lalu

Pemilik KB Futsal Arena, Dato’ Sekarnor Che Omar berkata, saiz gelanggang futsal berukuran 42 x 24 meter itu menepati piawaian yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Kos pembinaan gelanggang ini mencecah hampir RM130,000 dan kini kerja-kerja terakhir untuk menyiapkan tempat duduk bertingkat sedang giat dijalankan “ katanya sewaktu ditemui Sinar Harian semalam.

Menurut Sekarnor, gelanggang futsal itu dibina dengan menggunakan bahan jenis ‘sport fllet’ yang sememangnya memerlukan kos yang begitu tinggi.

“Syarat yang ditetapkan oleh FIFA ialah dimana gelanggang futsal ini perlu dibina secara terbuka dan tidak dipasang jaring disekelilingnya dan kita menepati syarat-syarat tersebut,” katanya.

Sementara itu, pihak KB Futsal Arena telah mengadakan promosi bermula hari ini (semalam) sehingga 30 Jun ini dengan memberikan potongan harga kepada mana-mana pasukan yang menggunakan gelanggang tersebut.

Gelanggang futsal di KB Futsal Arena siap sedia digunakan

“Sewaan gelanggang pada siang hari kita kenakan pada harga RM70 sejam, manakala sewaan pada waktu malam, kita kenakan harga RM150 berbanding harga asal RM180 sejam dan promosi ini berjalan selama sebulan.

Sekarnor berkata, tujuan utama pembinaan adalah bagi menyediakan kemudahan kepada mana-mana pasukan untuk bertanding ataupun berlatih bagi menghadapi sebarang kejohanan besar pada masa akan datang.

“ Mana-mana pasukan yang akan menyertai pelbagai kejohanan futsal di peringkat kebangsaan boleh menyewa gelanggang ini,” katanya.

Sementara itu, pasukan futsal Kelantan dijangka menjalani latihan digelanggang tersebut bermula 8 Jun ini sebagai persiapan menghadapi kejohanan Liga Futsal Kebangsaan Felda - FAM yang akan berlangsung tidak lama lagi.

1 comment: