Saturday, September 10, 2011

JOHOR FC BERDEPAN TUGAS SUKAR

MUHD BADHRI
 
KOTA BHARU – Pasukan berstatus kelab, Johor FC menghadapi tugas sukar untuk memburu kemenangan pertama mereka apabila bertemu Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.
 
Walaupun tanpa kehadiran Ketua Jurulatihnya, Mohd Azuan Zain yang direhatkan kerana mengalami masalah kesihatan, namun Johor FC tetap positif mampu melakarkan kemenangan pertama mereka di Kota Bharu.
 
Ketua Pasukannya, Rezal Zambery Yahya berkata, ketiadaan pengendali pasukan berusia 51 tahun itu memang dirasakan namun beliau tetap yakin pasukannya mampu mencipta kejutan pada perlawanan kali ini.
 
“Selepas tewas 0-2 kepada KL Felda United FC, saya akui kita kesuntukkan masa untuk memperkemaskan pasukan namun kita tidak ada pilihan selain perlu mengalahkan Kelantan walaupun beraksi dihadapan penyokong mereka malam esok (ini),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
 
“Walaupun sukar namun kita bersedia untuk mencipta kejutan dalam perlawanan malam esok (ini). Saya berharap rakan sepasukan yang lain melupakan persembahan terburuk kita tempohari. Siapa yang diturunkan malam esok (ini) harus memberikan komitmen seratus peratus,” katanya.
 
Sementara itu Ketua Pasukan Kelantan, Muhd Badhri Radzi dalam reaksi berbezanya turut melaungkan keyakinan mampu mencipta kemenangan pertama dihadapan penyokong sendiri malam ini.
 
“Fokus kita ialah mencipta kemenangan malam esok (ini) dan kita mempunyai kelebihan kerana beraksi ditempat sendiri. Walaubagaimanapun kita tetap tidak memandang mudah keupayaan pasukan berstatus kelab itu.
 
“Kalau dilihat kepada keserasian pemain, itu bukan masalah utama bagi kita sekarang. Malah moral pemain juga cukup tinggi untuk memburu kemenangan setelah kita mengalahkan Sarawak 2-0 tempohari,” katanya.

No comments:

Post a Comment