Monday, May 23, 2011

YAKIN BENAM T-TEAM

MOHD YUSRI ISMAIL

KOTA BHARU – Kejayaan membelasah Pulau Pinang 7-1 di Kota Bharu tempohari memberi suntikan semangat kepada barisan pemain skuad Piala Presiden Kelantan apabila bertemu pasukan T-Team di Padang C, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu, petang ini.

Penolong Pengurus Pasukan, Mohd Yusri Ismail mengakui kemenangan besar tempohari memberi keyakinan yang tinggi kepada pemain Kelantan untuk mencuri tiga mata sekali pun beraksi di gelanggang lawan.

“Hanya berbaki empat perlawanan liga untuk ditamatkan dan saya fikir kita berada dilandasan yang tepat untuk memburu kejuaraan liga dengan syarat kita tidak boleh kehilangan mata termasuk menentang T-Team dalam perlawanan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

“Kita perlu mengalahkan T-Team bagi memberi tekanan kepada Sabah. Kelebihan memihak kepada kita kerana Sabah sudah bermain lebih dua perlawanan berbanding kita. Justeru, saya mengharapkan kita mampu mengutip mata maksima dalam baki empat perlawanan terakhir ini.

“Kita tidak pernah jumpa T-Team kerana perlawanan pusingan pertama ditangguhkan sebelum ini. Jadi saya tidak tahu sejauh mana kekuatan pasukan ini sebenarnya. Di atas kertas, peluang pasukan ini untuk layak ke peringkat suku akhir sudah tertutup. Kita akan turun bermain seperti biasa dan sasaran kita tetap tiga mata,” katanya.

Menurunya, beliau mengharapkan barisan pemainnya menunjukkan persembahan terbaik sebagaimana mencatatkan kemenangan besar ke atas Pulau Pinang tempohari hari andai mahu membawa pulang tiga mata ke Kota Bharu, hari ini.

“Sekiranya mereka menunjukkan persembahan bertenaga seperti membelasah Pulau Pinang tempohari, saya rasa kita tidak menghadapi kesukaran untuk meraih tiga mata penting dalam perlawanan ini.

Khairul Izuan (kiri) kembali perkuatkan bahagian tengah Kelantan apabila menentang T-Team, petang ini.

“Tiada rombakan dilakukan terhadap barisan pemain sebaliknya kita akan menurunkan barisan terbaik dengan kembalinya Khairul Izuan (Rosli) ke dalam pasukan setelah selesai menjalani penggantungan satu perlawanan tempohari.

“Persembahan pemain tengah, Nicholas Chan (Meng-Jin) sedikit merosot namun saya percaya dia bakal kembali menunjukkan persembahan mantapn dibahagian tengah. Turun naik prestasi seseorang pemain itu merupakan perkara biasa bagi saya dan ianya tidak menggusarkan percaturan jurulatih bagi menghadapi T-Team petang ini.

Lebih menggembirakan lagi, menurut Mohd Yusri, kesemua pemain Kelantan kini bebas sepenuhnya daripada masalah kecederaan dan penggantungan perlawanan.

No comments:

Post a Comment