Monday, May 2, 2011

KAFA KOMITED LAHIRKAN PENGADIL

Datuk Afandi Hamzah 

KOTA BHARU – Menyedari tidak ramai yang minat untuk berkecimpung didalam dunia kepengadilan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) buat pertama kalinya sejak tiga tahun lalu mengadakan satu kursus bagi melahirkan lebih ramai pengadil futsal yang bertauliah.

Seramai 25 orang termasuk tiga peserta wanita telah menyertai Kursus Pengadil Futsal 2011 anjuran Kafa dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula Jumaat lalu dan berakhir semalam.

Dua bekas pengadil bola sepak kebangsaan iaitu Kassim Kadir Bacha dan M Saminathen yang mempunyai pengalaman luas didalam bidang kepengadilan mengendalikan sepenunya kursus selama tiga hari ini.

Abdul Ghani Omar 

Timbalan Presiden Kafa merangkap Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah didalam ucapan perasmian penutupnya berkata, berlaku perkembangan turun naik didalam bidang kepengadilan dan ianya berhubung kait dengan peraturan bola sepak itu sendiri.

“Peraturan bola sepak sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa. Justeru mereka yang terlibat harus mengambil peluang dengan menambahkan ilmu dari semasa ke semasa. Pengadil di negeri ini sebenarnya mempunyai komited dan disiplin yang baik namun tidak mempunyai cukup ilmu.

“Kita mahu pada masa akan datang akan lahir lebih banyak pengadil berwibawa dari negeri ini untuk diketengahkan bukan sahaja diperingkat kebangsaan tetapi juga antarabangsa.

“Tidak cukup hanya menjadi pengadil dinegeri ini sahaja. Mereka harus lebih menonjol ke hadapan. Sebab itu, bermula tahun ini pihak Kafa berhasrat untuk mewujudkan Liga Futsal Kafa sendiri bagi membolehkan lebih ramai pengadil terbabit secara serius dalam bidang ini,” katanya. 

M Saminathen 

Kassim Kadir Bacha

Sementara itu, Pegawai Pembangunan Pengadil Kafa, Abdul Ghani Omar berkata, kursus selama tiga hari itu mendedahkan kesemua peserta dengan pemahaman melalui aspek teori dan praktikal selain perlu menduduki ujian kecergasan.

“Kita melihat betapa seriusnya pihak FAM memerhatikan perkembangan dunia sukan futsal ini yang semakin hari semakin mendapat sambutan. Untuk itu, kursus ini diadakan tepat pada masanya bagi melahirkan lebih ramai lagi pengadil bertauliah di negeri ini.

“Kita amat mengalu-alukan mana-mana Persatuan Bola Jajahan (PBJ) untuk mengadakan kursus seperti ini ditempat masing-masing. Kita bersedia turun padang malah kita bersedia memanjangkan permohonan mereka kepada pihak FAM,” katanya.

1 comment:

  1. Tuan :

    Memohon Lesen Pengadil kelas 3
    di Persatuan tuan, KAFA Kelantan 2016.

    Saya seorang guru sukan sekolah berkhidmat hampir 15tahun.

    Asal Bachok Kelantan.
    Umur 36Tahun.
    Pengalaman :Bermain di liga FAM KAFA sejak 1996 -1999.Liga Selangor 2000 -2002

    Bagaimana cara untuk saya mendaftar diri ?

    Mendaftar di Persatuan Tuan.
    mohon respon pihak Tuan dalam Tahun 2016 dan selanjutnya.

    Encik MohdAnuarYusof (Guru)

    ReplyDelete