Saturday, July 24, 2010

Prachinburi FC uji Kelantan


AZMAN IBRAHIM

KOTA BHARU – Sempena Karnival The Red Warriors yang bermula hari ini sehingga 27 Julai ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) telah mengatur satu perlawanan persahabatan menentang kelab dari Thailand, Prachinburi FC pada malam ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ibrahim berkata, perlawanan persahabatan diadakan sebagai persediaan pasukan Kelantan sebelum menghadapi perlawanan Liga Super menentang KL Plus di Kota Bharu pada 28 Julai nanti. 

“Tempoh rehat selama 10 hari digunakan sebaiknya oleh pengendali pasukan, B Sathianathan bagi memastikan kecergasan pemain tidak menurun. Justeru, kita mengaturkan perlawanan persahabatan malam ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Kita berharap dengan adanya perlawanan itu, momentum kemenangan yang dicipta oleh pasukan Kelantan dalam Liga Super akan berterusan bagi memastikan kita memperolehi sembilan mata maksima dalam baki tiga perlawanan liga nanti. 

“Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada peminat bola sepak Kelantan hadir beramai-ramai ke stadium malam ini bagi menyaksikan perlawanan tersebut disamping mengunjungi pelbagai gerai yang disediakan sepanjang karnival ini berlangsung. 

Apa yang menarik,  kelab ini diperkuatkan dengan tiga pemain import Han Seok-Hoon (Korea Selatan), Eric Koukem (Cameroon) dan Patrick N'Gbocho dari Ivory Coast merupakan juara liga divisyen dua Thailand pada tahun 2008 sebelum naik taraf beraksi dalam divisyen satu liga Thailand pada tahun 2009. 

Han Seok-Hoon dan Erick Koukem yang bermain di bahagian tengah merupakan tonggak utama pasukan ini kerana berperanan mengatur gerakan menarik kepada penyerang tempatan bagi mengempur kubu pasukan lawan dalam saingan liga.

Kelab terkenal dengan jolokan nama The Hornbills dilatih oleh Praparn Narkphong merupakan sebuah kelab semi profesional yang bermain dalam Liga Divisen Satu Thailand.

Pada tahun 2009, Prachinburi FC yang baru kali pertama menyertai liga bahagian satu menampilkan aksi memberangsangkan seterusnya mencatatkan kedudukan kelima dari enam belas pasukan yang bertanding. 

Pada tahun 2010, pencapaian mereka sedikit merosot apabila berada di kedudukan kesebelas setelah hanya mampu mencatatkan lima kemenangan, lapan kekalahan dan tiga seri.

No comments:

Post a Comment