Monday, July 5, 2010

PELUANG KELANTAN HIMPIT SELANGOR



IMBAS KEMBALI.... pertemuan Kelantan menentang
Negeri Sembilan sentiasa menjanjikan aksi yang menarik


KOTA BHARU – Walaupun kempen Piala Dunia belum berakhir, tumpuan peminat bola sepak Kelantan tetap terarah kepada perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam esok.

Setiausaha Agung Kafa, Mohamad Noordin Awang berkata, tiga perlawanan persahabatan yang diharungi sewaktu berada di ibu negara baru-baru ini menjadi kayu pengukur kepada keupayaan ketika menentang Negeri Sembilan malam esok. 

MOHAMAD NOORDIN AWANG

“Melihat kepada prestasi terkini pasukan Kelantan melalui tiga perlawanan itu, saya percaya Kelantan tidak menghadapi masalah untuk mencipta kemenangan pada perlawanan malam esok,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam

“Sehubungan dengan itu, saya berharap penyokong setia Kelantan dapat memenuhi stadium bagi memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan kita.

“Namun begitu, komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pemain Kelantan disamping suntikan semangat daripada ribuan penyokong Kelantan bakal menjadi penentu kepada kemenangan pasukan Kelantan.

Menurut Mohamad Noordin, beliau berharap penyokong Kelantan terus mengekalkan tahap disiplin yang terbaik sewaktu menyaksikan perlawanan malam esok.

“Pihak Kafa berharap penyokong terus memberikan kerjasama yang baik, sebagaimana perlawanan yang terdahulu. Kita mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan para penyokong selama ini yang tidak lagi membaling sebarang objek terlarang termasuk membakar mercun didalam stadium.

Mengulas mengenai persiapan pasukan, Mohamad Noordin berkata, biarpun tanpa kelibat ‘kereta kebal’ Azizi Matt Rose, persiapan pasukan Kelantan tidak terjejas walaupun beliau tidak akan turun beraksi.

“Azizi (Matt Rose) digantung satu perlawanan kerana mengutip dua kad kuning. Walaubagaimanapun, saya percaya B Sathianathan mempunyai perancangan yang tersendiri untuk mencari pengganti beliau.

“Sudah pasti kemenangan malam esok mengukuhkan kedudukan kita dipersada liga disamping terus memberi tekanan kepada Selangor yang akan menentang barisan pemain muda Perak di Ipoh.

“Kita berharap kemenangan malam esok mampu menyuntik semangat pemain Kelantan sebelum ke Shah Alam pada Jumaat ini bagi membuat perhitungan dengan Gergasi Lembah Kelang itu,” katanya.

2 comments:

  1. harap2 mene la..nok hambat selangor ni

    ReplyDelete
  2. kalu tgk kor games persahabatan hok last baru ni, meney teruk sket. pertahanan kucar kacir. kapten pulok tok leh nok kontrol emosi walau main nga budok.

    ReplyDelete