Sunday, February 28, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN PASUKAN KELANTAN FA

KELANTAN lwn BALESTIER KHALSA FC

Masa : 8.45 malam
Hari : Rabu
Tarikh : 3hb Mac 2010
Venue : Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu.

KOTA BHARU - Siri perlawanan persahabatan antarabangsa kali kedua dalam tempoh tidak sampai seminggu. Kali ini Kelantan akan berhadapan dengan sebuah kelab yang beraksi dalam liga paling kompetetif di Singapura.

Dilatih oleh bekas pemain kebangsaan Singapura, Nasharuddin Jalil dan dibantu Salim Moin, kelab ini diperkuatkan dengan empat pemain import iaitu Paul Cunningham (New Zealand), Daniel Hammond (England) serta dua pemain dari Brazil iaitu Rivaldo Costa dan Vitor Borges de Souza.

Liga S yang baru memulakan aksinya pada 2hb Febuari lalu menyaksikan sehingga kini tiga perlawanan peringkat liga telah berlangsung. Sehingga kini, kelab Balestier Khalsa FC menang sekali (2-1 ke atas Sengkang Punggol) serta tewas dua kali (1-2 kepada Gombak United dan Singapore Armed Force FC) pada perlawanan terakhir mereka.

Jadi sama-sama kita saksikan persiapan terakhir anak-anak buah Sathianathan ini mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum bertolak ke Kuala Terengganu untuk menghadapi T-Team dalam perlawanan Liga Super yang disambung pada 6hb Mac ini.

No comments:

Post a Comment