Saturday, January 23, 2010

HALIM KEMBALI PERKUATKAN, SIARAN LANGSUNG DIBATALKAN

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam pantas menamakan bekas penjaga gawang utama musim lalu, Mohd Halim Napi sebagai penjaga gol yang akan turun didalam kesebelasan utama pemain Kelantan pada pertemuan dengan kelab Johor FC di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Biarpun tindakan 'merehatkan' Syed Adney Syed Hussien dianggap langkah yang kurang bijak, langkah Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dilihat sebagai usaha untuk memulihkan kembali moral para pemain Kelantan.

Mohd Halim,38 tahun, sebelum ini diberitakan bersara sebaik sahaja perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu telah dilantik sebagai Jurulatih Penjaga Gol Skuad Piala Presiden Kelantan pada musim ini.

Sehubungan dengan itu, tempat Mohd Halim kini serta-merta digantikan oleh Hamid Ramli, bekas pemain negeri yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai jurulatih penjaga gol bersama pasukan Negeri Sembilan dan KM Naza musim lalu.

Sementara itu, perlawanan siaran langsung yang dijadualkan akan dipancarkan pada malam ini melalui siaran tv1 dibatalkan atas kemangkatan DYMM Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

1 comment: