Saturday, December 3, 2011

KIJANG RATAH SELADANG

Meskipun hanya beraksi 45 minit, namun persembahan pertama Mohammed Ghaddar (kiri) bersama skuad Kelantan nyata tidak mengecewakan. Beliau menjaringkan satu gol ketika Kelantan mengatasi Perak 3-1, malam semalam

KELANTAN 3
Denny Antwi (pen m-12)
Indra Putra Mahayuddin (m-24)
Mohammed Ghaddar Mahmoud (pen m-90)

PERAK 1
Shahrulnizam Mustapa (m-60)

SEREMBAN – Kelantan menamatkan latihan pra-musimnya di luar Kota Bharu dengan bergaya setelah menewaskan Perak 3-1 dalam aksi perlawanan persahabatan terakhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam semalam.

Tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan tiga hari lalu, kali ini Ketua Jurulatih Kelantan, Peter James Butler menyenaraikan barisan yang disifatkan terkuat dengan penampilan pertama kali Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose sejak kembali menyertai  skuad The Red Warriors sebulan lalu.

Penyerang import, Denny Antwi semakin menunjukkan bisanya apabila menjaringkan gol pertama Kelantan seawal m-12 menerusi sepakan penalti yang diambil oleh dia sendiri selepas dikasari penjaga gol Perak, Mohd Nasril Nourdin sebelum itu.

Pemain tengah, Indra Putra terus membuktikan sentuhan beliau masih berbisa meskipun meninggalkan skuad The Red Warriors setahun lalu apabila menjaringkan gol kedua untuk Kelantan pada m-24 perlawanan.

Ketinggalan 0-2 namun itu tidak mematahkan semangat anak buah Norizan Bakar sebaliknya tetap berpeluang untuk menyamakan kedudukan namun rembatan pemain import percubaan dari Korea Selatan, Choi Yun Gun sekadar menggegar palang gol Kelantan pada pertengahan babak kedua.

Impian penyokong setia Kelantan untuk menyaksikan kelibat penyerang antarabangsa Lebanon tercapai apabila Mohammed Ghaddar Mahmoud masuk menggantikan Antwi sebaik babak kedua bersambung.

Begitupun, pasukan Perak berjaya merapatkan jurang menjadikan kedudukan 2-1 menerusi jaringan pemain gantian, Shahrulnizam Mustapa pada m-60 perlawanan.

Namun persembahan Mohammed Ghaddar ternyata tidak mengecewakan sebaliknya membalas  menerusi jaringan pertamanya untuk Kelantan menerusi sepakan penalti pada minit-minit perlawanan untuk mengesahkan kemenangan 3-1 dalam perlawanan tersebut. 

KESEBELASAN UTAMA PEMAIN
KELANTAN – Mohd Shahrizan Ismail, Azizi Matt Rose, S Subramaniam, Mohamad Ab Azizi Ismail, Mohd Zamri Ramli, Khairul Izuan Rosli, Mohd Norfarhan Muhammad, Indra Putra Mahayuddin, Muhd Badhri Radzi (Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid), Denny Antwi (Mohammed Ghaddar Mahmoud) dan Habib (Emmanuel Okine).  

PERAK – Mohd Nasril Nourdin, Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Md Kamal, Mohd Hazrul Hazli Md Kadri, K Nanthakumar, Mohd Noor Azrul (Shahrulnizam Mustapa), Mohd Failee Ghazali, Mohd Shahrum Abdul Kalam, Fahrulrazi Kamaruddin, Kin Tae Wang dan Choi Yun Gun.

No comments:

Post a Comment