KOTA BHARU – Satu kejohanan futsal empat penjuru melibatkan pasukan Media Kelantan (MKFC), TRW.fm, KB Futsal Arena dan pasukan bekas pemain Kelantan telah berlangsung di KB Futsal Arena, Padang Tembak malam semalam.
Pasukan Media Kelantan (MKFC) terdiri daripada kalangan pengamal media seperti wartawan dan jurugambar menggabungkan beberapa pemain daripada akhbar Sinar Harian, Utusan Malaysia , TV3, Harian Metro, Kosmo dan Berita Harian.
Kesemua pemain futsal bergambar kenangan bersama
pemilik KB Futsal Arena, Dato' Sekarnor Che Omar sejurus perlawanan berakhir.
Sementara pasukan bekas pemain Kelantan pula diwakili Azman Ismail dan bekas penjaga gol berpengalaman, Wan Kamaruzaman Mohamad.
Pemilik KB Futsal Arena, Dato’ Sekarnor Che Omar berkata, perlawanan persahabatan kejohanan futsal empat penjuru ini diadakan bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dengan kalangan pihak media dan juga pihak lain.
“Kita berharap perlawanan seumpama ini mampu merapatkan hubungan sesama kita disamping kesibukan bekerja, sekurang-kurangnya kita dapat beriadah melalui sukan futsal ini, “ katanya.
Kesemua pemain yang terlibat dalam perlawanan persahabatan futsal itu turut diraikan dalam jamuan ringan sejurus kejohanan berakhir.
No comments:
Post a Comment