“Ini merupakan perlawanan pertama untuk para pemain Kelantan setelah lebih daripada tiga minggu berehat panjang. Saya memahami pemain kita mungkin berdepan sedikit masalah menyesuaikan diri dengan situasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Saya mahu pemain berikan yang terbaik dengan masa yang diperuntukkan selama 45 minit itu. Semua pemain tetap diberi peluang untuk membuktikan kemampuan mereka dalam perlawanan itu.
“Setelah berehat panjang, tambahan pula kita baru memulakan latihan insentif kira-kira seminggu lalu, sudah pasti pergerakan fizikal mereka cukup terbatas, disamping faktor kepenatan mengharungi bulan puasa ini,” katanya.
Sathianathan berkata, perlawanan menentang pasukan pendatang baru dalam Liga FAM musim depan itu, penting baginya bagi menilai sejauh mana tahap prestasi semasa pasukan Kelantan bagi mengharungi cabaran dalam kempen Piala
“Kita tidak mempunyai banyak masa sebenarnya. Anda lihat kita mempunyai jangka masa yang panjang selama sebulan, hakikatnya itu tidak benar. Kita memulakan latihan pada 20 Ogos lalu dan selepas 7 September depan, saya tidak boleh berbuat apa-apa (mengadakan perlawanan persahabatan) memandangkan sambutan Hari Raya AidilFitri.
“Masuk hari kelima perayaan, tugas berat menanti kita melayan kunjungan juara Piala
Menurut Sathianathan, beliau membayangkan kesebelasan utama pemain yang akan turun menentang Negeri Sembilan itu dapat ditentukan ketika penilaian dibuat perlawanan persahabatan menentang T-Team di Kuala Terengganu pada 3 September nanti.
“Saya akan tentukan barisan bayangan pemain Kelantan (menentang Negeri Sembilan) pada perlawanan persahabatan menentang kelab dari Terengganu itu nanti. Bermula dari tarikh itu, kita boleh menyusun strategi dan taktikal berkesan memerangkap anak buah Wan Jamak Wan Hassan.
Sementara itu, Penolong Setiauasaha Agung Kafa, Arif Hassan berkata, peminat bola sepak Kelantan dijemput hadir beramai-ramai hadir menyaksikan perlawanan persahabatan pada malam ini.
“Perlawanan persahabatan ini akan bermula jam 10.30 malam sejurus solat terawikh berakhir. Semua peminat dijemput hadir beramai-ramai dan masuk adalah percuma,” katanya.
No comments:
Post a Comment