Saturday, July 24, 2010

Kerepek sira TRW produk terbaru Kafa


Azlan (kanan sekali) bersama wakil pengedar barangan Warriors menunjukkan produk terbatu keluaran Kafa yang dijual sepanjang Karnival The Red Warriors berlangsung.

KOTA BHARU – Sempena Karnival The Red Warriors yang bermula semalam,  Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menawarkan potongan antara 10 hingga 70 peratus bagi setiap barangan keluarannya berjenama Warriors.

Pengerusi Jawatankuasa Merchandise dan Outlet Kafa, Azlan Mohd Yusof berkata, potongan ini berikan bertujuan untuk  menghargai sokongan padu yang diberikan oleh peminat kepada pasukan The Red Warrios selama ini.

“Sebanyak empat wakil jualan telah dilantik iaitu Proflex Markerting, Yie Bundle, Kijang Merah dan Hasjaya Marketing bagi memasarkan pelbagai produk keluaran Kafa sempena karnival ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

“Selain itu, kita juga akan memperkenalkan beberapa lagi produk terbaru untuk peminat yang akan di jual sepanjang karnival ini iaitu jam tangan, topi  dan seluar. Kesemua produk ini adalah rekaan terbaru dan belum lagi di pasarkan.

“Potongan ini hanya sah semasa karnival berlangsung sahaja dan selepas itu, setiap barangan akan dijual pada harga asal. Jumlah potongan harga yang diberikan adalah mengikut jenis barangan yang dibeli oleh pengunjung,” katanya.

Menurut Azlan, para pengunjung karnival juga berpeluang untuk mencuba  produk makanan pertama keluaran Kafa iaitu kerepek sira yang akan dilancarkan sendiri oleh Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa.

“Produk ini cukup istimewa dan ianya akan dilancarkan sendiri oleh Presiden Kafa.Harganya cukup berpatutan dan rasanya cukup enak untuk di makan.

Sementara itu, Azlan berkata, sejak produk jenama Warriors dilancarkan awal bulan Febuari lalu, jualannya sudah mencecah RM 500,000.

“Produk yang paling banyak mendapat mendapat sambutan ialah beg. Setakat ini kita telah menjual sebanyak 10,000 unit.

“Saya berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh semua peminat setia bola sepak Kelantan yang telah banyak memberikan sokongan dengan membeli pelbagai produk keluaran Kafa ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment