Annuar Musa (kanan) menyampaikan hasratnya untuk bertanding jawatan
Timbalan Presiden FAM sewaktu sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran
Buku 'The Red Warriors Menuju Puncak' sambil diperhatikan oleh Timbalan Presiden FAM,
Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Naib Presiden Kafa, Rosmadi Ismail.
KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa semalam secara rasmi mengesahkan akan bertanding dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sempena Kongres FAM yang akan berlangsung pada 31 Julai ini.
Beliau berkata demikian didalam sidang akhbar sejurus majlis pelancaran “Majalah The Red Warriors Menuju Puncak” dilakukan disalah sebuah hotel di ibu negara semalam.
Annuar berkata, keputusan itu dibuat setelah salah seorang Timbalan Presiden FAM sekarang. Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak akan mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan pucuk tertinggi akan datang.
“Sebelum bertanding, saya terlebih dahulu bertanya kepada Khairy Jamaluddin (Abu Bakar), adakah beliau masih lagi akan mempertahankan jawatan tersebut atau tidak. Sekiranya beliau bertanding, maka saya tidak akan bertanding jawatan tersebut,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar petang semalam.
“Jadi saya hanya menawarkan diri untuk bertanding memandangkan terdapat kekosongan jawatan tersebut. Tidak lebih daripada itu.
Ditanya mengenai sumbangannya sekiranya beliau terpilih dalam jawatan tersebut, Annuar berkata, perkara itu terlalu awal untuk dibincangkan.
“Saya cuma mahu membantu Tuanku Presiden FAM, bersesuaian dengan jawatan tersebut. Mungkin sedikit sebanyak pengalaman yang ada pada saya sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan suatu ketika dahulu, dan juga sebagai presiden persatuan bola sepak negeri boleh membantu membangunkan FAM.
“Saya melihat calon-calon lain yang bertanding juga mempunyai sumbangan dan pengalaman yang banyak , jadi biarlah adalah pilihan yang banyak (pada pemilihan kali ini).
“Pemilihan dibuat dalam semangat kekeluargaan didalam FAM dan sayacuba hendak membantu FAM, menyambung apa dilakukan sebelum ini, dan saya hendak mencuba,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, semalam turut mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangkannya sejak tiga tahun lalu atas faktor memberi tumpuan penuh kepada bidang politik.
“Saya buat keputusan untuk tidak dicalonkan jawatan Timbalan Presiden dan sekaligus tidak tidak mempertahankan jawatan itu bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja politik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau.
“Waktu dipilih sebagai Timbalan Presiden FAM dahulu, saya tidak memegang sebarang jawatan politik, jadi saya mempunyai masa (tumpuan kepada bola sepak), tapi memandangkan kerja politik hari ini agak berat, saya melihat tugasan membantu Tuan Presiden FAM memerlukan kepada kepimpinan yang boleh meluangkan lebih banyak masa.
“Saya melihat daya kepimpinan Tan Sri Annuar Musa menerajui Kafa dengan berjaya dalam tempoh 24 bulan, dan saya melihat beliau seorang calon yang boleh memimpin FAM amnya dan bola sepak Malaysia keseluruhannya ke tahap lebih baik,” katanya.
Dalam sidang akhbar itu juga, Khairy Jamaluddin turut menyatakan sokongan terbukanya terhadap pencalonan Tan Sri Annuar Musa bagi bertanding jawatan Timbalan Presiden FAM bagi penggal 2010/2014 itu nanti.
Beliau berkata demikian didalam sidang akhbar sejurus majlis pelancaran “Majalah The Red Warriors Menuju Puncak” dilakukan disalah sebuah hotel di ibu negara semalam.
Annuar berkata, keputusan itu dibuat setelah salah seorang Timbalan Presiden FAM sekarang. Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak akan mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan pucuk tertinggi akan datang.
“Sebelum bertanding, saya terlebih dahulu bertanya kepada Khairy Jamaluddin (Abu Bakar), adakah beliau masih lagi akan mempertahankan jawatan tersebut atau tidak. Sekiranya beliau bertanding, maka saya tidak akan bertanding jawatan tersebut,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar petang semalam.
“Jadi saya hanya menawarkan diri untuk bertanding memandangkan terdapat kekosongan jawatan tersebut. Tidak lebih daripada itu.
Ditanya mengenai sumbangannya sekiranya beliau terpilih dalam jawatan tersebut, Annuar berkata, perkara itu terlalu awal untuk dibincangkan.
“Saya cuma mahu membantu Tuanku Presiden FAM, bersesuaian dengan jawatan tersebut. Mungkin sedikit sebanyak pengalaman yang ada pada saya sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan suatu ketika dahulu, dan juga sebagai presiden persatuan bola sepak negeri boleh membantu membangunkan FAM.
“Saya melihat calon-calon lain yang bertanding juga mempunyai sumbangan dan pengalaman yang banyak , jadi biarlah adalah pilihan yang banyak (pada pemilihan kali ini).
“Pemilihan dibuat dalam semangat kekeluargaan didalam FAM dan saya
Sementara itu, Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, semalam turut mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangkannya sejak tiga tahun lalu atas faktor memberi tumpuan penuh kepada bidang politik.
“Saya buat keputusan untuk tidak dicalonkan jawatan Timbalan Presiden dan sekaligus tidak tidak mempertahankan jawatan itu bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja politik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau.
“Waktu dipilih sebagai Timbalan Presiden FAM dahulu, saya tidak memegang sebarang jawatan politik, jadi saya mempunyai masa (tumpuan kepada bola sepak), tapi memandangkan kerja politik hari ini agak berat, saya melihat tugasan membantu Tuan Presiden FAM memerlukan kepada kepimpinan yang boleh meluangkan lebih banyak masa.
“Saya melihat daya kepimpinan Tan Sri Annuar Musa menerajui Kafa dengan berjaya dalam tempoh 24 bulan, dan saya melihat beliau seorang calon yang boleh memimpin FAM amnya dan bola sepak Malaysia keseluruhannya ke tahap lebih baik,” katanya.
Dalam sidang akhbar itu juga, Khairy Jamaluddin turut menyatakan sokongan terbukanya terhadap pencalonan Tan Sri Annuar Musa bagi bertanding jawatan Timbalan Presiden FAM bagi penggal 2010/2014 itu nanti.
ambo sokom...
ReplyDelete