Tuesday, December 1, 2009

WAJARKAN HARGA TIKET DINAIKKAN

Naib Presiden KAFA, Datuk Affandi Hamzah sewaktu berucap pada majlis minum petang bersama Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di Juita Premier, Kota Bharu pada Sabtu lalu telah menyatakan bahawa harga tiket untuk Liga Malaysia musim 2010 akan dinaikkan.

Menurutnya lagi, harga bagi tempat duduk terbuka akan dinaikkan kepada RM 12 berbanding sekarang RM 10. Manakala bagi tempat duduk astaka pula akan dinaikkan kepada RM 25 berbanding RM 20.

Bagi saingan Piala Malaysia musim hadapan, bermula pada peringkat suku akhir, pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan juga turut memutuskan untuk menaikkan harga tiket RM 15 (tempat duduk terbuka) dan RM 30 (astaka).

Tiket - tiket melibatkan hanya perlawanan akhir sahaja dijual
pada harga sekitar RM15-20

Secara peribadi, saya sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan pihak KAFA menaikkan harga tiket ini. Ini bukanlah satu 'hadiah' istimewa yang sepatutnya diberikan kepada seluruh peminat dan penyokong setia bola sepak Kelantan selama ini memberikan sokongan tidak berbelah bahagi.

Keputusan menaikkan harga tiket ini tidak logik kalau difikirkan. Adakah perlu peminat dan penyokong setia Kelantan yang harus menanggung beban diatas kenaikan harga tiket ini.

Biarpun 'test market' pihak KAFA sewaktu perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia dimana harga tiket dinaikkan kepada RM 12 (terbuka) dan RM 25 (astaka) menampakkan kejayaan - sebenarnya RM2 dan RM5 untuk sumbangan Tabung Gempa Bumi Padang, dimana tiket habis dijual, itu cerita lain.

Cerita tentang bagaimana aura peminat dan penyokong setia Kelantan datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan suku akhir tersebut, menonton sambil menderma tentunya tidak dihiraukan sangat.

Tetapi keputusan tidak popular pihak KAFA ini tentunya mengundang pelbagai pro dan kontra berkaitan harga tiket selepas ini. RM2 cukup besar nilainya. RM2 - bagi peminat bola sepak Kelantan, sekurang-kurang dapat digunakan untuk membeli minuman atau kuaci.

Biarpun umum mengetahui bahawa perbelanjaan mengurus pasukan Kelantan dijangka mencecah RM 3-4 juta pada musim hadapan, tetapi amat tidak wajar keputusan menaikkan harga tiket ini berlaku di Kota Bharu sedangkan di venue lain harga tiketnya masih pada kadar yang lama.

3 comments:

  1. hahaha...stadium buruk...scoreboard jame jepung.

    ReplyDelete
  2. bagi kawe wajar...untuk tampung kos pengurusan dan pentadbiran skuad kelantan..kafa dan rugi banyak angkara tangan nakal penyokong yang kurang berhemah..jadi ambo sokong...

    Baru - baru ini penulis telah berkesempatan untuk bersama- sama hadir dalam satu majlis ringkas bersama dengan ahli majlis tertinggi Persatuan Bola Kelantan ( KAFA ).

    Pertemuan tersebut telah berlangsung disebuah hotel yang terkemuka di Kota Bharu dan dihadiri oleh barisan tertinggi dan anggota unit media dari Kelab Siber Penyokong Bola Sepak Kelantan ( kelate.net).

    Pada pertemuan tersebut, pihak pengurusan tertinggi KAFA memaklumkan bahawa, pihak Pengurusan KAFA telah menutuskan untuk menaikkan harga tiket iaitu Terbuka dari Rm 10 kepada 12 iaitu pertambahan sebanyak RM 2, manakala astaka dari RM 20 kepada 25 untuk semua perlawanan Liga Super dan Perlawanan Piala Fa & Piala Malaysia.

    Sekiranya pasukan kelantan layak ke pusingan kalah mati harga tiket akan dinaikkan dari harga asal RM 12 Terbuka kepada RM 15 dan RM 25 Astaka Kepada RM 30.

    Kenaikkan harga tiket ini pada pendapat penulis pasti menimbulkan rasa kecewa dikalangan peminat. Pasti ramai yang akan melemparkan kata- kata kejian dan cacian terhadap pihak pengurusan KAFA.

    Disini penulis ingin mengajak senuah para peminat setia kelantan berfikir sejenak sebelum melemparkan kata- kata yang kurang enak buat KAFA. Bukan niat penulis untuk mengampu pihak KAFA, tetapi cuba kita renung kenapakah KAFA berbuat demikaian.

    Semuanya berpunca dari sikap penyokong sendiri. Disebabkan aga segelintir penyokong yang nakal telah menyebabkan kantung kewangan KAFA hamper kering ekoran dari kejadian rusuhan di Kota Bharu pada 7 April 2009 dan terbaru kejadian rusuhan penyokong pada perlawanan akhir Piala Malaysia bulan lepas. Hasil dari kedua- dua kejadian ini menyebabkan kantung kewangan KAFA hamper kering disebabkan oleh kenakalan penyokong.

    Berdasarkan rekod yang dikelurkan, untuk musim ini sahaja hampir setengah juta kelantan dikenakan dengan oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) diatas kedua-dua kejadian tersebut. Keadaan ini menyebabkan kelantan terpaksa menanggung kerugian yang besar.

    Jadi pada pendapat peribadi penulis, jika harga tiket dinaikkan janganlah kita menunding jari keatas pihak KAFA, bukan salah KAFA, tetapi segalanya berpunca dari sikap kita sendiri. Kenaikkan harga tiket pada musim depan adalah bertujuan untuk KAFA mengumpul sumber kewangan yang kukuh untuk memastikan pasukan kesayangan kita dapat terus beraksi dalam saingan untuk musim seterusnya.

    ReplyDelete
  3. bagi lah apa saja alasan pun kawe tak setuju..dikala stadium lain berbeza hampir separuh harga dengan kita..kita pula naikkan harga.Tempat lain masih ada tiket terbuka rm8 kita dah 10..itu peminat boleh terima lgi tapi dah jadi 12 sekarang rasanya kurang wajar..jangan fikir untung jangka masa pendek saja dalam berniaga..tiket final pun tak mahal macam tu...

    ReplyDelete