Sunday, January 31, 2010

SENARAI PENJARING GOL TM LIGA SUPER

Berikut adalah senarai penjaring-penjaring gol TM Liga Super sehingga perlawanan ketujuh yang berakhir malam semalam.

7 gol - Azlan Ismail (Ked)

6 gol - Mohd Ashaari Shamsudin (Ter)

5 gol - R.Surendren, Mohd Safee Sali (Sel)

4 gol - Norshahrul Idlan Talaha (Kel), Mohd Shahrizan Salleh (Pah)

3 gol - Razali Umar Kandasamy (Prk), Joseph Kallang Tie (Ter), Haris Safwan Kamal (TT), Mohd Failee Ghazali (PP), Mohd Safiq Rahim (Sel), Mohd Azamudin Akil (Pah)

2 gol - Yong Kuong Yong (KL), Mohd Azrul Ahmad (Per), Indra Putra Mahayuddin (Kel), Mohd Ridwan Ma'on, Mohd Khairul Ismail (Jfc), Amirul Hadi Zainal (Sel), Idris Karim ,Mohd Firdaus Azizul (NS), Mohd Lot Abu Hassan (KLPlus), Abdul Manaf Mamat, Mohd Firdaus Paudzi (Ter), Ahmad Fakri Saarani (Per).

1 gol - Akmal Rizal Rakhli, Muhd Badri Radzi, Azizi Mat Rose, Mohd Norfarhan Muhammad (Kel), Wan Rohaimi Ismail, Eddy Helmi Manan, Zulhissyam Jamaludin (Jfc), Mohd Nazrin Nawi, Mohd Nizaruddin Yusoff, Mohd Fadzli Shaari (KLPlus), Razman Roslan, Amri Yahyah, Mohd Hardi Jaafar (Sel), Badrolhisham Azmi, Raimi Mohd Nor (KL), Naim Nasser Khan, V.Jaganathan (PP), Saufi Sa'adi, Md Nazri Kamal, Mohd Syazwan Roslan (Prk), Norizan Salaman (NS), Zairo Anuar Zailani (Ter), Muhd Irfan Abd Ghani (Johor) , Wan Ahmad Shukri Wan Nor (Per), Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim, Saramsak Karm (Ked), Norhisham Hassan, Azrul Hazran (TT), R.Surendran (Pah).

Gol sendiri – Joseph Kallang Tie (Ter)

KEPUTUSAN PERLAWANAN TM LIGA SUPER

 Berikut adalah keputusan perlawanan ketujuh TM Liga Super yang berlangsung malam semalam :

PERLIS 1
SELANGOR 1

TERENGGANU 2
KUALA LUMPUR 0

KELANTAN 3
PULAU PINANG 1

KEDAH 3
T-TEAM 1

PAHANG 2
KL PLUS FC 1

PERAK 0
JOHOR FC 3

Friday, January 29, 2010

PERLAWANAN TM LIGA SUPER

Berikut adalah perlawanan ketujuh TM Liga Super yang dijadualkan berlangsung pada malam esok :

PAHANG lwn KL PLUS FC
8.45 malam
Stadium Darul Makmur, Kuantan

TERENGGANU lwn KUALA LUMPUR
8.45 malam
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu

PERLIS lwn SELANGOR
8.45 malam
Stadium Utama Negeri, Kangar

KEDAH lwn T-TEAM
8.45 malam
Stadium Darul Aman, Alor Setar

KELANTAN lwn PULAU PINANG
8.45 malam
Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu

PERAK lwn JOHOR FC
8.45 malam
Stadium Perak, Ipoh

JOHOR lwn NEGERI SEMBILAN (perlawanan ditunda 16hb Mac)
8.45 malam
Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunus, Larkin

Wednesday, January 27, 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN TM LIGA SUPER

Berikut adalah keputusan perlawanan TM Liga Super yang berlangsung malam semalam :

SELANGOR 6
JOHOR 0

NEGERI SEMBILAN 2
TERENGGANU 1

PERAK 0
KELANTAN 0

KUALA LUMPUR 1
PAHANG 1

T-TEAM 1
PERLIS 0

PULAU PINANG 0
KEDAH 3

Sunday, January 24, 2010

PERLAWANAN TM LIGA SUPER

Berikut adalah perlawanan keenam TM Liga Super yang dijadual dilangsungkan pada hari Selasa ini (26hb Januari 2010) :

SELANGOR lwn JOHOR
8.45 malam
Stadium Shah Alam, Shah Alam

NEGERI SEMBILAN lwn TERENGGANU
8.45 malam
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

KUALA LUMPUR lwn PAHANG
8.45 malam
Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras

PERAK lwn KELANTAN
8.45 malam
Stadium Perak, Ipoh

PULAU PINANG lwn KEDAH
8.45 malam
Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang

T-TEAM lwn PERLIS
8.45 malam
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu

JOHOR FC lwn KL PLUS FC (perlawanan ditunda)
8.45 malam
Stadium JCORP, Pasir Gudang

Saturday, January 23, 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN TM LIGA SUPER

Berikut adalah keputusan perlawanan kelima TM Liga Super yang dilangsungkan malam tadi.

TERENGGANU 4 SELANGOR 0
Abdul Manaf Mamat
Ashaari Shamsudin (2)
Joseph Kalang Tie

KL PLUS FC 0 KUALA LUMPUR 0

PERLIS 2 PULAU PINANG 0

KEDAH 1 PERAK 1

KELANTAN 4 JOHOR FC 1
Norshahrul Idlan
Azizi Mat Rose
Indra Putra Mahayuddin
Mohd Norfarhan Muhammad

HALIM KEMBALI PERKUATKAN, SIARAN LANGSUNG DIBATALKAN

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam pantas menamakan bekas penjaga gawang utama musim lalu, Mohd Halim Napi sebagai penjaga gol yang akan turun didalam kesebelasan utama pemain Kelantan pada pertemuan dengan kelab Johor FC di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Biarpun tindakan 'merehatkan' Syed Adney Syed Hussien dianggap langkah yang kurang bijak, langkah Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dilihat sebagai usaha untuk memulihkan kembali moral para pemain Kelantan.

Mohd Halim,38 tahun, sebelum ini diberitakan bersara sebaik sahaja perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu telah dilantik sebagai Jurulatih Penjaga Gol Skuad Piala Presiden Kelantan pada musim ini.

Sehubungan dengan itu, tempat Mohd Halim kini serta-merta digantikan oleh Hamid Ramli, bekas pemain negeri yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai jurulatih penjaga gol bersama pasukan Negeri Sembilan dan KM Naza musim lalu.

Sementara itu, perlawanan siaran langsung yang dijadualkan akan dipancarkan pada malam ini melalui siaran tv1 dibatalkan atas kemangkatan DYMM Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Thursday, January 21, 2010

PERLAWANAN TM LIGA SUPER

Berikut adalah jadual perlawanan TM Liga Super 2010 yang dijadualkan pada hari Sabtu ini.

KL PLUS FC lwn KUALA LUMPUR
8.45 malam
Stadium MPBJ, Kelana Jaya

PAHANG lwn NEGERI SEMBILAN
8.45 malam
Stadium Darul Makmur, Kuantan

TERENGGANU lwn SELANGOR
8.45 malam
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu

JOHOR lwn T-TEAM
8.45 malam
Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin.

PERLIS lwn PULAU PINANG
8.45 malam
Stadium Utama Negeri, Kangar

KEDAH lwn PERAK
8.45 malam
Stadium Darul Aman, Alor Setar

KELANTAN lwn JOHOR FC
8.45 malam
Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu

Wednesday, January 20, 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN TM LIGA SUPER

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan keempat TM Liga Super yang berlangsung semalam.

SELANGOR 4
Mohd Safee Sali (m34)
Mohd Safiq Rahim (m55)
R.Surendren (m77, 83)

PAHANG 0


T-TEAM 1
Haris Safwan Kamal (m77)

TERENGGANU 1
Abdul Manaf Mamat (m71)

KELANTAN 0


KEDAH 1
Mohd Azlan Ismail (m42)

NEGERI SEMBILAN 2
Mohd Firdaus Azizul (m83,90)

KL PLUS FC 1
Mohd Nizaruddin Yusoff (m71)

PERAK 0

PERLIS 1
Mohd Azrul Ahmad (m74)

JOHOR FC 0

KUALA LUMPUR 1
Yong Kuong Yong (m18)

PULAU PINANG 1
Mohd Failee Ghazali (m46)

JOHOR 1
Muhd Irfan Abd. Ghani (m87)

Monday, January 18, 2010

PREVIEW : KELANTAN lwn KEDAH


Tekanan buat Sathianathan juga Haji Ahmad Yusoff
KOTA BHARU – Perlawanan wajib menang. Kali ini tekanan cukup tergalas di atas bahu pengendali, B.Sathianathan. Dua keputusan seri dan satu kemenangan bukanlah satu permulaan yang baik untuk skuad Kelantan.
Biarpun perlawanan liga bakal memasuki perlawanan keempat, mengumpul mata sebanyak mungkin pada permulaan liga merupakan titik tolak kepada pendakian pasukan Kelantan dalam pemburuan salah satu kejuaraan musim ini.
Jadi, pertemuan dengan Kedah malam esok ibarat ‘turning point’ untuk anak-anak buah B.Sathianathan kembali mencatatkan kemenangan di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu.
Tugas berat dipikul oleh semua pemain Red Warriors betapa mereka kini mula mengerti bahawa  penyokong setia Merah Putih hanya mengharapkan kemenangan sahaja pada pertemuan malam esok.
Seri di Kuala Terengganu boleh diterima lagi, tetapi mencatatkan keputusan seri di Kangar dengan penampilan aksi tidak menjadi bahkan jentera serangan gagal membawa masuk bola ke dalam petak penalti menceritakan bahawa jentera serangan B.Sathianathan sememangnya bermasalah.
Itu cerita di kem Kelantan, dan di kem Kedah pun turut menghadapi masalah yang sama juga. Tekanan kian dirasai oleh Ketua Jurulatih, Haji Ahmad Yusoff bahawa mengutip kekalahan tipis dua kali berturut-turut di laman sendiri bukan satu berita yang gembira untuk penyokong setia Hijau Kuning. Menang ke atas Johor 3-0 pada perlawanan pembukaan di Larkin, Kedah meragut dua kekalahan berturut-turut di Alor Setar selepas itu – tewas kepada Perlis 0-1 dan yang terbaru Johor FC juga dengan jaringan yang sama.
Para penyokong setia mereka kini mula menuntut kemenangan – sesuatu yang sukar bagi Kedah tetapi tidak mustahil mereka boleh lakukan sekali lagi musim ini. Rekod pertemuan di antara Kelantan dengan Kedah musim lalu adalah seimbang. Di Alor Setar, Kelantan menewaskan Kedah dengan keputusan 2-1. Manakala di Kota Bharu, giliran Kedah pula membalas dengan kemenangan tipis 1-0.
Membawa masuk beberapa pemain luar seperti Mohd Azlan Ismail (Terengganu), Mohd Zamri Chin (Perak UPB/MyTeam), Shahril Faizal Ahmad Sharifuddin (Shahzan Muda) dan pemain pertahanan B-23 kebangsaan , Mohd Azmi Muslim – itu percaturan taktikal Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) setelah mereka mengugurkan beberapa pemain seperti Mohd Afif Amiruddin, Manopsak Kram, Muhammad Nazmi Baharom disamping penghijrahan Ronny Harun (Terengganu), Mohd Azrul Ahmad (Perlis) Muhd Rafiz Abu Bakar (Sarawak).
Pertahanan Kedah menyajikan gandingan V.Thirumurugan, Mohd Azmi Muslim, Shahril Faizal Ahmad Sharifuddin dan Mohd Sabree Mat Abu yang mampu menyekat kemaraan penyerang Kelantan.
Biarpun ketiadaan Khryll Muhaimeen yang berehat lama akibat kecederaan lutut, rangkaian jentera tengah mereka harus diawasi sebaiknya. Gandingan Shahrul Nizam Mustapa, Ahmad Fauzi Shaari, Baddrol Bakhtiar dan Khairul Helmi Johari mampu menguasai segenap padang sekiranya dibiarkan begitu sahaja.
Sementara penyerang yang menjaringkan hatrik pertama musim ini dalam Liga Super – Mohd Azlan Ismail dan rakannya, Mohd Zamri Chin juga harus dirantai secukupnya oleh pertahanan Kelantan andai kita tidak mahu berputih mata. Mohd Farizal Rozali juga bersedia diturunkan oleh Haji Ahmad Yusoff sekiranya rombakan diposisi tersebut dilakukan olehnya.
Berbalik kepada persiapan pasukan Kelantan pada perlawanan ini, B.Sathianathan harus melakukan satu perubahan taktikal andai ingin mencongakkan kemenangan buat Kelantan.
Syed Adney yang beraksi cemerlang sewaktu di Kangar – menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya penyerang Perlis masih lagi tidak melepaskan sebarang gol setelah beraksi untuk 270 minit terus diberi kepercayaan untuk menjadi penjaga gawang Kelantan.
Diposisi pertahanan, Azizi Mat Rose – pemain yang dikritik kerana kerap kali mudah dibolosi tetapi watak kentalnya sebagai ‘kereta kebal’ baru Kelantan masih lagi diperlukan pada perlawanan ini. Dia ternyata masih lagi membentuk gandingan yang mantap bersama S.Subramaniam, Mohd Daudsu Jamaluddin dan Mohd Farisham Ismail.
Di bahagian jentera tengah kita masih lagi mengharapkan sentuhan Indra Putra, Muhd Badri Radzi dan Mohd Shakir yang bermain dengan baik sewaktu di Kangar tempohari. Sementara Norshahrul Idlan Talaha – beraksi dibawah tahap keupayaan yang sebenar masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan formasi Sathianathan. Mungkin juga S.Chanturu berpeluang merebut tempatnya atau Mohd Norfarhan yang belum lagi diturunkan pada tiga perlawanan terdahulu mampu melakukan sesuatu pada pertemuan dengan Kedah ini.
DI posisi serangan, kita mengharapkan akan ada perubahan drastik dilakukan oleh Sathia kalau kita mahu jumlah gol bertambah. Kemampuan Akmal Rizal yang masih mampu mencipta gerakan menarik biarpun dalam situasi sudut sukar  tidak dipertikaikan. Tetapi jelas persembahan Hairuddin Omar begitu mengecewakan – gagal mencipta gerakan menarik, kekurangan idea untuk membawa masuk bola ke kawasan merbahaya pihak lawan. Cuma bersandarkan kepada tandukan berbisanya yang sehingga kini kita masih lagi belum menampakkan sumbangan gol daripadanya.
Masanya sudah tiba untuk Hairuddin dan Akmal Rizal membuktikan kepada penyokong setia Kelantan bahawa pembelian mereka musim ini bukan sia-sia untuk Kelantan. Mereka perlu buktikan bahawa mereka mampu menjadi penyerang terbilang Kelantan dan tidak hanya menjadi penumpang dalam pasukan yang meresahkan puluhan ribu penyokong Kelantan dengan aksi serba longlai.
Buat pengendali, B.Sathianathan tiada lagi alasan untuk keputusan seri apatah lagi kekalahan pada pertemuan ini kerana di bahagian peminat – mereka sudah memberikan segala-galanya – sokongan dan laungan keramat ‘ Gomo Kelate Gomo ‘. Cuma yang kita harapkan kemenangan sahaja pada kali ini.
Sumber berita daripada www.kelate.net (terima kasih Tinta Merah)

Sunday, January 17, 2010

KEPUTUSAN TM LIGA SUPER : PERLIS 0 KELANTAN 0

Analisis Perlawanan Perlis lwn Kelantan


Percubaan tepat : Perlis 4 dan Kelantan 2
Percubaan tersasar : Perlis 2 dan Kelantan 6
Tendangan sudut : Perlis 6 dan Kelantan 1
Sepakan percuma : Perlis 9 dan Kelantan 11
Kekasaran : Perlis 13 dan Kelantan 10
Offsaid : Perlis 5 dan Kelantan 3
Kad Kuning : Perlis (Ahmad Fakri Saarani, Mazlizam Mohamad) dan Kelantan (Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Daudsu Jamaluddin)
Kad Merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa Tambahan : 7 Minit
Penguasaan Bola : Perlis 52% dan Kelantan 48%


KANGAR - Singa Utara berjaya mengikat Kelantan keputusan seri tanpa jaringan dalam aksi perlawanan ketiga Liga Super yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar malam tadi.

Dalam perlawanan yang disiarkan secara langsung malam tadi, Kelantan jelas terlebih dahulu menguasai babak pertama melalui rangkaian bahagian tengah diketuai oleh ketua pasukan, Indra Putra dan Muhd Bahri Radzi.

Seawal minit ketujuh, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mula menguji kehebatan Farizal Marlias apabila rembatan ‘half volley’nya terus kedakapan penjaga gol Perlis itu.

Lima minit kemudian, giliran Norshahrul Idlan Talaha pula cuba menembusi kekentalan kubu Perlis tetapi sepakannya  mudah dibaca oleh Farizal.

Minit ke-19, pemain tengah Perlis, Mohd Syazwan Zainol mencuri tumpuan apabila melakukan rembatan tetapi  terus kedakapan Syed Adney Syed Hussien.

Selepas itu, perlawanan jelas dikuasai oleh pasukan Kelantan sepenuhnya dengan gerakan menarik jelas berpusat daripada bahagian tengah Kelantan.

Minit ke-34, sepakan percuma ketua pasukan, Indra Putra pada juga mudah dinafikan oleh Mohd Farizal.

Minit-minit akhir babak pertama, Mohd Shazwan sekali lagi mencuri tumpuan, kali ini menyambut baik hantaran lintang Redzuan Othman dan melepaskan rembatan yang sempat ditepis oleh Syed Adney.

Syed Adney sekali lagi menjadi penyelamat selepas itu apabila sepakan percuma ketua pasukan Perlis, Fauzi Nan ditepis keluar olehnya.

Bersambung babak kedua, jelas aksi bertenaga pemain muda Perlis mengejutkan barisan pemain bintang The Red Warriors.

Rangkaian jentera tengah mereka diketuai oleh Mohd Shazwan, Zuraindey Jumai dan Amar Rohidan jelas menguasai corak serangan pasukan Perlis.

Minit ke-63 dan 66, Ahmad Fakri Saarani hampir meletakkan Perlis dihadapan apabila dua percubaan merbahaya dia selamatkan oleh Syed Adney.

Ternyata gandingan Akmal Rizal-Hairuddin Omar ‘gagal’ menterjemahkan gol buat Kelantan bahkan ketumpulan gandingan mereka tentunya mengundang rasa panik penyokong Kelantan andai kita bertemu dengan Kedah selepas ini.

Sementara itu, sepakan percuma Indra Putra pada minit ke-76 sekadar melepasi palang gol Perlis.

Percaturan taktikal B.Sathianathan memasukkan S.Chanturu dan Che Hisamuddin Hassan bagi memperkuatkan jentera serangan tidak banyak membantu bahkan kelincahan pemain muda Perlis pula yang sentiasa mencemaskan benteng Kelantan.

Minit-minit akhir perlawanan, Che Hisamuddin Hassan melepaskan peluang terbaik untuk Kelantan memungut tiga mata berharga di Kangar setelah gagal memanfaatkan peluang terbuka – rembatannya meliar melepasi jangkauan Mohd Farizal sebelum Rosdi Shahrul meniupkan wisel penamat selepas itu.

Barisan pemain Perlis : Mohd Farizal Marlias, Shariman Che Omar, Mohd Fauzi Nan (KP), Mazlizam Mohamad (Wan Khairul Faiz Wan Kamaruddin), Azmizi Azmi, Mohd Shazwan Zainol, Zuraindey Jumai, Amar Rohidan, Mohd Redzuan Othman (Mohd Noor Hazrul Mustafa), Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Azrul Ahmad.

Ketua Jurulatih : Mohd Nidzam Adzha Yusoff

Formasi : 4-4-2

Barisan pemain Kelantan : Syed Adney Syed Hussien, Azizi Mat Rose, S.Subramaniam. Mohd Farisham Ismail, Mohd Daudsu Jamaluddin (Muhd Zamri Ramli), Muhd Badri Muhd Radzi, Indra Putra Mahayuddin (KP), Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha (S.Chanturu), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Che Hisamuddin Hassan) dan Hairuddin Omar.

Ketua Jurulatih : B.Sathianathan

Formasi : 4-4-2

Pegawai Pertandingan :

Pengadil : Rosdi Shahrul
Penolong Pengadil 1 : Idzha Salim
Penolong Pengadil 2 : Ramli Wahid

Thursday, January 14, 2010

JADUAL PERLAWANAN TM LIGA SUPER 2010

Berikut adalah jadual perlawanan TM Liga Super 2010 yang dijadualkan pada hari Sabtu ini :

KUALA LUMPUR lwn NEGERI SEMBILAN
8.45 malam
Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras

KL PLUS FC lwn SELANGOR
8.45 malam
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

PAHANG lwn T-TEAM
8.45 malam
Stadium Darul Makmur, Kuantan

TERENGGANU lwn PULAU PINANG
8.45 malam
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu

JOHOR lwn PERAK
8.45 malam
Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin

PERLIS lwn KELANTAN
8.45 malam
Stadium Utama Negeri, Kangar

KEDAH lwn JOHOR FC
8.45 malam
Stadium Darul Aman, Alor Setar

KEPUTUSAN TM LIGA SUPER : KELANTAN 3 JOHOR 0

SI JENGKING TERUS DIRUNDUM MALANG

KOTA BHARU - Kelantan mencatatkan kemenangan sulung dalam kempen TM Liga Super setelah menewaskan Johor 3-0 di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.

Gol-gol pasukan The Red Warriors dijaringkan oleh Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Muhd Badhri Muhd Radzi dan ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin.

Sementara itu, di Stadium Darul Aman, Sang Kenari menerima kekalahan pertama di laman sendiri setelah tewas kepada pasukan jiran tetangga, Perlis dengan keputusan 1-0.

Gol tunggal pasukan Singa Utara dijaringkan oleh bekas penyerang Kedah musim lalu, Azrul Ahmad.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Negeri Sembilan sekali lagi kempunan untuk mengutip tiga mata apabila hanya mampu seri 1-1- dengan pasukan tuan rumah, Johor FC.

Tuesday, January 12, 2010

Preview : Kelantan lwn Johor



PERHITUNGAN DUA BEKAS PENGENDALI KEBANGSAAN DI KOTA BHARU

KOTA BHARU - Keputusan seri tanpa jaringan di Kuala Terengganu tempohari dilihat satu permulaan yang cukup baik bagi The Red Warriors memulakan aksi sulung dalam kancah TM Liga Malaysia musim ini. Mengheret Terengganu berkongsi mata dan dalam masa yang sama menguasai hampir keseluruhan perlawanan membuktikan pasukan Kelantan wajar diletak antara pasukan pilihan musim ini.

Justeru, sentuhan B.Sathianathan sekali lagi teruji tetapi kali ini di gelanggang keramat – menantikan aksi sulung buat pertama kalinya musim ini menentang Johor di venue Kota Bharu. Tidak sukar menyatakan bahawa pertemuan dengan Johor pada perlawanan ini seharusnya berpihak kepada Kelantan.

Untuk rekod, pertemuan Kelantan-Johor pada musim lalu hanya dicatatkan pada perlawanan TM Piala FA. Di Kota Bharu, Kelantan meratah Johor dengan kemenangan bergaya 4-0. Sementara di Larkin, Johor membalas dendam setelah menang dengan jaringan 3-0.

Antara B.Sathianathan dan Nasir Yusoff – kedua-duanya tidak asing lagi dalam peringkat bola sepak kebangsaan. Nasir Yusoff pernah menjadi pembantunya pada saingan kelayakan Pra Piala Asia tahun lepas. Khidmat Nasir Yusoff dan Lim Chuan Chin ditamatkan lebih awal oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) angkara kekalahan memalukan kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Sementara khidmat B.Sathianathan turut ditamatkan selepas itu rentetan kritikan pedasnya terhadap badan induk bola sepak kebangsaan.

Membentuk sesebuah pasukan yang mantap untuk beberapa musim ternyata menjadi kesukaran buat mana-mana jurulatih termasuklah The Profesor. Pasukan Johor semenjak beberapa musim kebelakangan ini terus bergelut untuk mengekalkan pemain yang boleh mampu menabur bakti untuk jangka masa yang lama. Bezanya Kelantan telah melalui zaman suram tersebut tiga tahun yang lalu dan kini beberapa pasukan negeri seperti Johor, Perak, Melaka dan Pahang memerlukan tempoh beberapa tahun akan datang untuk kembali menguasai liga tempatan.

Johor tidak segah seperti sepuluh tahun dahulu. Zaman para pemain seperti Rusdee Sulong, Bakhtiar Othman, Hasnizam Uzir, Azmil Azali, Rezal Zambery Yahya, Idris Karim, Nazaruddin Atan, Sani Othman, Rizal Sukiman, Liew Kim Tu dan Omar Salim menghiasi kesebelasan utama pasukan Jengking itu.

Biarpun Nasir Yusof dibantu oleh dua bekas pemain negeri musim ini, Salehan Mohd Som dan Othman Katmon namun penghijrahan hampir separuh pemain musim lalu yang membawa pasukan Johor beraksi dalam kancah Liga Super musim ini merupakan tamparan yang cukup hebat buat PBNJ. Tambah memeritkan Nasir Yusoff bila dua orang pembantunya tidak akan bersama-sama dengannya di bangku simpanan semasa perlawanan disebabkan belum mempunyai lesen kejurulatihan.

Diatas kertas, pasukan Si Jengking itu dianggap pasukan yang masih ‘hijau’ pada saingan Liga Super musim ini. Musim ini mereka terpaksa mendapatkan khidmat beberapa pemain luar seperti K.Puvinderan Naidu (Perak), Muhammad Redzuan Radzy (KM Naza), Mohd Faizal Mohd Yusoff (P.Pulau Pinang), Hishamudin Othman (Kuala Lumpur) bahkan ketua pasukan mereka musim ini, Muhd Irfan Abd Ghani yang sebelum ini beraksi bersama Harimau Muda merupakan ketua pasukan paling muda dalam aksi Liga Super setakat ini.

Aksi pertama mereka di gelanggang sendiri Sabtu lalu menyaksikan Johor kecundang 0-3 kepada Kedah.

Jadi buat pengendali Kelantan, B.Sathianathan segala-galanyanya tampak tidak menjadi masalah untuk pasukan bimbingannya meraih tiga mata pertama di hadapan penyokong setia Rabu ini.

Keputusan seri tanpa jaringan dengan Terengganu disifatkan sebagai kemenangan moral buat pemain. Ujian di Kuala Terengganu sudah pun lulus. Yang nyata aksi sulung di Kota Bharu cukup dinantikan oleh puluhan ribu penyokong setia Merah Putih.

Melihat aksi kesebelasan utama Kelantan yang beraksi di Kuala Terengganu tempohari, semuanya serba lengkap buat Kelantan. Kita menguasai hampir keseluruhan permainan di tempat lawan. Jadi mengapa tidak dengan barisan yang sedia ada, kita tidak mampu menang besar ke atas pasukan selatan tanah air kali ini.

Tidak mahu mendabik dada tetapi kemenangan hampir pasti milik Kelantan di Kota Bharu. Pasukan Johor akan menjadi pasukan yang pertama musim ini merasai suasana bermain dihadapan lebih 20 ribu penyokong setia Merah Putih. Pastinya itu merupakan satu iguan ngeri buat mana-mana pasukan untuk bermain dihadapan penyokong fanatik Kelantan apatah lagi mencipta kejutan di Kota Bharu.

Lupakan sahaja Johor, Stadium Sultan Muhammed Ke-IV sentiasa menghadirkan keputusan mengecewakan buat pasukan pelawat yang bertandang.

sumber berita daripada www.kelate.net ( terima kasih kepada Tinta Merah )

Saturday, January 9, 2010

PREVIEW : TERENGGANU lwn KELANTAN

UJIAN GETIR BUAT SATHIA, IRFAN BAKTI

Perlawanan pembuka tirai sepak mula TM Liga Malaysia 2010 menemukan pasukan jiran tetangga musuh tradisi dalam bola sepak Malaysia – Terengganu menentang Kelantan. Ironiknya ‘East Coast Derby’  kali ini dihidangkan lebih awal buat penyokong fanatik kedua-dua pasukan . Undian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada bulan Disember lalu menterjemahkan tidak lagi terjadi pada pertengahan saingan liga seperti mana musim lalu.

Bagi pengendali Kelantan, B.Sathianathan ini merupakan ujian sulung yang cukup getir. Tampil selaku finalist Piala Malaysia musim lalu, diatas kertas pengendali The Red Warriors itu boleh berbangga sebagai pasukan pertama yang disiapsiagakan untuk menghadapi musim baru.

Walaubagaimanapun, dikhabarkan The Red Warriors bakal ke Kuala Terengganu dengan beberapa pemain utama yang masih bergelut dengan kecederaan. Manakala persiapan pra musim – beberapa siri perlawanan persahabatan di Kota Bharu semenjak dua minggu lalu juga menghasilkan beberapa keputusan bersifat sederhana.

Untuk rekod, pertemuan musim lalu didalam Liga Super menyaksikan Kelantan menewaskan Terengganu 3-2 di Kota Bharu. Manakala aksi timbal balik di Kuala Terengganu pula berkesudahan  Terengganu membalas dendam dengan kemenangan

Bagi jurulatih baru Sang Penyu, Irfan Bakti Abu Salim cukup optimis bahawa pasukan barunya mampu menumbangkan Kelantan di Kuala Terengganu. Diperkuatkan dengan kemasukan beberapa pemain baru seperti Joseph Kallang Tie (Sarawak), Tengku Hasbullah Raja Hassan (KL Plus), Helmi Remeli, K.Rajan (KM Naza), Mohd Firdaus Fauzi (Perlis), dan Ronny Harun (Kedah) – ianya dilihat sebagai pasukan yang cukup seimbang dari segenap posisi.

Manakala gandingan pemain sedia ada diketuai penjaga gol Sharbinee Allawee Ramli, Zairo Annuar Zailani (kapten), Abdul Manaf Mamat, Mohd Ashaari Shamsudin, Tengku Hazman Raja Hassan, Shahrizan Mohamad, Ahmad Alias Nordin – melengkapkan skuad ‘semi finalist Piala Malaysia' musim lalu hasil peninggalan bekas pengendali musim lalu – Kenneth Joseph Worden.

Bagi B.Sathianathan juga, tiada pilihan lain yang diharapkan selain mencatat keputusan positif biarpun beraksi di Kuala Terengganu . Setinggi harapan Sathianathan, tinggi lagi harapan penyokong setia Red Warriors untuk melihat langkah sulung Kelantan mengutip tiga mata diluar Kota Bharu. Umumnya, Sathianathan menyedari tekanan sebegini adalah lumrah dalam kancah bola sepak tempatan.

Melihat senarai ‘dream team’ Kelantan, kita mempunyai barisan pemain serba lengkap. Penjaga gol nombor tiga negara, Syed Adney Syed Hussien dilihat hampir pasti menjadi calon utama di pintu gol Kelantan. Diposisi pertahanan, Azizi Mat Rose  cepat menyesuaikan diri membentuk gandingan mantap bersama Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Rizal Fahmi Abd. Rosid dan Mohd Zamri Ramli.

Bekas kapten musim lalu, Mohd Badhri Radzi bakal kembali bergandingan bersama kapten baru, Indra Putra Mahayuddin menjana jentera tengah Kelantan. Biarpun Mohd Norfarhan Muhammad dikhabarkan masih lagi bergelut dengan kecederaan, tetapi sentuhannya tetap ditagih. Nama Mohd Shakir Shaari bakal meniti dibibir peminat setia Kelantan andaikata sentuhannya ‘menjadi’ bergandingan bersama tiga orang pemain senior di posisi tengah ini.

Di posisi serangan, segalanya masih menjadi teka-teki. Siapakah yang menjadi pilihan Sathianathan untuk menjadi penggembur utama Kelantan nanti. Mampukah gandingan pemain veteran Hairuddin Omar – Akmal Rizal Ahmad Rakhli merobek pintu gol Terengganu. Pilihan juga terarah kepada  Sathianathan samada mahu menyerap gandingan lama dan baru beraksi bersama. Pilihan kini turut terarah kepada penyerang muda yang berasal dari Pulau Pinang, S.Chanturu yang masih bergelut dengan kecederaan ataupun sempatkah Norshahrul Idlan Talaha menyesuaikan diri dalam tempoh sehari sekembali dari tugasan negara di Abu Dhabi nanti.

Hairuddin Omar dan Mohd Norfarhan Muhammad, dua anak jati berasal dari Terengganu, pasti cukup professional bersama Kelantan biarpun terpaksa menentang negeri kelahiran mereka sendiri.

B.Sathianathan memiliki sejumlah pemain bertaraf bintang didalam pasukan Kelantan – kadangkala boleh memeningkan kepalanya. Ada beberapa lagi senarai pemain yang mampu memikat hatinya – mungkin juga bintang muda S.Subramaniam, Zairul Fitree Ishak, Wan Zaman Wan Mustapa, Che Hisamuddin Hassan termasuk dalam senarai 18 pemain terakhir yang akan dibawa ke Kuala Terengganu.

Baik B.Sathianathan mahupun Irfan Bakti – kedua-duanya tetap melaungkan keyakinan bahawa enggan berkongsi mata apatah lagi kehilangan mata pertama musim ini. Terengganu mahu menang, Kelantan juga mahu menang.

Melihat pertembungan dua musuh tradisi ini – kita mengharapkan satu persembahan terbaik dipertontonkan oleh kedua-dua pasukan diatas padang sambil displin para penyokong juga harus berada ditahap terbaik. Buku lama pun sudah ditutup kini buka baru sudah dibuka. Satu ingatan terbaik betapa mentaliti penyokong kedua-dua pasukan juga harus diubah. Kalah, menang adat pertandingan. Terima lah apa jua keputusan dengan tangan terbuka.